KAK JUE BLOG'S

Kes Zika Dikesan Di Malaysia


Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata wanita berusia 58 itu yang menetap di Bandar Botanic, Klang telah datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam, seminggu selepas pulang dari negara jiran terbabit.
“Berdasarkan sejarah lawatan beliau ke Singapura dan anak perempuan yang berada di sana juga telah dijangkiti virus itu, maka wanita tersebut telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing menunjukkan beliau telah dijangkiti Zika,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambahnya, difahamkan wanita itu yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh kini berada dalam proses pemulihan.
Menurutnya, setakat ini negara jiran, Singapura telah mencatatkan lebih 115 kes jangkitan Zika dengan lima orang daripadanya adalah rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di sana.
Susulan itu, katanya, kementerian telah mengambil langkah kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat yang dilawati pesakit termasuk tempat pembiakan aedes, penggunaan larvisid dan semburan kabus.

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages