KAK JUE BLOG'S

Perlaksanaan GST Kurangkan Defisit Ekonomi Makin Kukuh


Terdapat beberapa kebimbangan berkenaan perlaksanaan GST. Sebagai Perdana Menteri adalah menjadi tanggungjawab beliau membuat keputusan yang tepat bagi semua rakyat Malaysia, walaupun ia kelihatan sukar.

Pada masa ini, hanya 1 dalam 10 rakyat Malaysia membayar cukai pendapatan peribadi dan ia adalah penting untuk memperluaskan asas cukai negara demi kebaikan jangka panjang ekonomi.

23% daripada hasil kerajaan pada masa ini berasal dari minyak dan gas. Seperti yg kita lihat daripada kejatuhan mendadak harga minyak global baru-baru ini. Malaysia tidak boleh mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan  dengan pendapatan ini sahaja. Inilah sebabnya mengapa kita mengumumkan pembaharuan sistem cukai, dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan.

Pengenalan GST dapat membantu kita membina ekonomi yang lebih kukuh, lebih mampan dan telus. Ia akan membantu mengurangkan defisit, membantu kita melabur untuk masa depan dan membantu memacu pembangunan negara kita.

GST bukan fenomena baru. Lebih daripada 160 negara telah pun melaksanakannya dan di ASEAN,  kita adalah negara ke 8 memperkenalkannya. Kadar 6% Malaysia sebenarnya adalah salah satu yang paling rendah di dunia. Filipina, Kemboja, Vietnam, Laos dan Indonesia mempunyai kadar GST sebanyak 10 %.

Kita sedia maklum bahawa terdapat sejumlah peniaga besar dan kecil yang tidak bertanggungjawab, cuba untuk mengambil kesempatan daripada perlaksanaan GST dengan menaikkan harga barang melebihi kadar 6 %. Ini sangat tidak boleh di terima.

Kerajaan telah mengarahkan jabatan-jabatan berkaitan untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan bahawa sebarang kenaikkan yang diperkenalkan oleh pekedai dan pemilik perniagaan adalah selaras dengan kadar GST 6 %. Sebarang penyalahgunaan sistem serta tindakan yang membebankan penguna ini mesti dihentikan segera

#MNA

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages