KAK JUE BLOG'S

Merdeka Bukan Sekadar Kibar Bendera – PM Najib

pm kibar bendera

TASEK GELUGOR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru rakyat Malaysia untuk terus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara dalam apa jua keadaan sekali pun.

Beliau berkata bulan kemerdekaan bukan hanya dihayati dengan mengibarkan Jalur Gemilang semata-mata, sebaliknya perasaan mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan perlu disematkan dalam sanubari.

“Kita jaga kemerdekaan kita, kita jaga kedaulatan kita. Jangan bagi misai kena bumi … berdiri tegak sebagai negara yang bermaruah dan berdaulat. Nilai-nilai ini yang wajib untuk kita pertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tasek Gelugor dan pelancaran bulan kemerdekaan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow.

Najib yang juga presiden UMNO berkata mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara adalah satu daripada asas perjuangan UMNO yang sepatutnya dipertahankan oleh setiap anggota parti.

Justeru, beliau berkata UMNO selaku parti tunjang BN yang memerintah negara akan terus memperjuang dan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara seterusnya memelihara maruah parti untuk terus mentadbir negara ini.

Beliau berkata kesetiaan kepada parti dan pemimpin turut menjadi sebahagian nilai tradisi yang menjadi tonggak kepada UMNO yang masih boleh bertahan hingga kini.

“Inilah nilai-nilai murni dalam parti. Tuan-tuan dan puan-puan yang ada pada hari ini yang datang dari pukul 12 tengah hari, dalam keadaan panas terik, ada yang tak ada tempat duduk berdiri tegak.

“Ada yang berbaris di luar bawah matahari tegak, meleleh air peluh kerana nak menunggu pemimpin datang, nak bersalaman dengan pemimpin … habis banyak dapat ambil gambar selfie (sahaja).

“…bukan boleh jadi wakil rakyat, menteri, jauh sekali jadi menteri besar atau perdana menteri .. .mungkin tak dapat kontrak pun, tapi setia kerana kasih dan sayang kerana parti UMNO,” katanya – BERNAMA
Share:

1 comment:

  1. The king casino no deposit bonus, free spins, bitcoin - CommunityKhabar
    No deposit bonus, free spins, 토토 bitcoin. No deposits septcasino.com bonus. No withdrawals, 출장마사지 bitcoin no deposit bonuses, free spins, bitcoin, 10k communitykhabar followers.

    ReplyDelete

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages