KAK JUE BLOG'S

Pembayaran Balik PTPTN Tidak Mencapai Sasaran


Kutipan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada tahun lalu tidak mencapai sasaran dimana hanya RM8 bilion berjaya dikutip daripada RM15 bilion yang disasarkan.

Ekoran itu PTPTN tidak dapat memberikan jumlah pinjaman penuh kepada pelajar yang ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi (IPT).
Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata jumlah yang berjaya dikutip masih tidak dapat menampung pembiayaan pelajar walaupun terdapat peningkatan daripada jumlah kutipan.
“Walaupun kutipan hasil meningkat disebabkan penguatkuasaan dan tindakan kurang popular yang dilaksanakan PTPTN, sasaran utama belum dicapai kerana daripada RM56 bilion yang dikeluarkan, sasaran yang sepatutnya dikutip semula adalah sebanyak RM15 bilion.

“Oleh itu, kita terpaksa mengambil tindakan, termasuk membuat pemotongan mulai sesi 2014 yang hanya diberikan pinjaman sebanyak 95 peratus bagi pelajar yang mendapat tawaran ke universiti awam (UA) dan pinjaman 85 peratus kepada pelajar yang mendapat tawaran memasuki IPT swasta,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Taman Tun Sambanthan pada Ahad.

Beliau mengulas dakwaan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan tindakan PTPTN khususnya yang datang dari golongan berpendapatan rendah berikutan pinjaman yang diberikan kepada anak yang mendapat tawaran menyambung pengajian tidak diberikan dalam jumlah penuh.
Shamsul Anuar berkata, beliau maklum dengan masalah yang hadapi itu dan berharap masyarakat dapat menyokong tindakan penguatkuasaan PTPTN dalam mengutip semula bayaran pinjaman pelajaran bagi memastikan kedudukan kewangan PTPTN terus kukuh.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages