KAK JUE BLOG'S

Transformasi Tabika KEMAS Fokus Pembangunan Modal Insan


- Program Transformasi Tabika Kemas fasa pertama yang sedang dilaksanakan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menfokuskan kepada dua langkah utama dalam strategi pelaksanaannya.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dua langkah berkenaan ialah meningkatkan pembangunan modal insan dan meningkatkan kemudahan dan prasarana di 11,183 Tabika Kemas di seluruh negara, sekali gus mampu menjadikan ia sebagai pilihan utama ibu bapa.

Beliau berkata, program berkenaan antara lain bertujuan bagi memastikan kualiti keberhasilan kanak-kanak akan terus dapat dipertingkatkan dan dalam masa sama membina ketrampilan modal insan agar berupaya menangani cabaran semasa dan akan datang serta menyediakan kemudahan pembelajaran dalam suasana yang kondusif, selamat dan selesa.

"Bagi kemudahan dan prasarana, kita akan tingkatkan prasarana sekolah yang kini setengahnya agak daif, setengahnya tak ada tadika sendiri dan menumpang di bangunan lain seperti balai raya dan sebagainya dan kita juga nak menambah peralatan dalam tabika seperti interaktif papan putih.

"Kita akan terapkan semua pembelajaran ini di semua Tabika Kemas...bagi modul Penghayatan Islam, kita dah mulakan di (semua tabika) manakala modul patriotisme dan modul keyakinan diri akan kita mulakan nanti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Transformasi Tabika Kemas di sini, hari ini. 
- BERNAMA

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages