KAK JUE BLOG'S

TPM Beri Jaminan Akan Teliti Kes Guru Cabul Murid Sekolah



KUALA LUMPUR: Seorang guru yang didakwa mencabul kehormatan sembilan murid sekolah rendah kembali mengajar di sekolah lain sekali gus menimbulkan kebimbingan di kalangan ibu bapa dan pendidik.
Ketidakupayaan Kementerian Pendidikan atau polis untuk melindungi murid sekolah daripada guru tersebut menimbulkan rasa kecewa dengan Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan bahawa beliau secara peribadi akan meneliti perkara itu.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu berkata beliau akan mengambil kepentingan peribadi dalam kes membabitkan seorang guru didakwa mencabul sembilan murid di sebuah sekolah Tamil di Hulu Selangor.
"Kita perlu bekerjasama demi kepentingan murid dan juga kanak-kanak," katanya dalam jawapan bertulis kepada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) di Dewan Rakyat.
Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis masih menyiasat kes membabitkan guru tersebut.
"Walaupun saya masih belum bercakap dengan Menteri Pendidikan, polis akan berhubung dengan pihak pengurusan sekolah tersebut dan juga ibu bapa," katanya.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid turut menyatakan pendirian tegas mengenai perkara itu pada Rabu.
"Kita akan lihat jika terdapat alasan untuk menggantung guru tersebut dan memindahnya ke jawatan pentadbiran jauh dari sekolah," katanya kepada The Star di luar Dewan Rakyat.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor berkata kementerian itu tidak akan membenarkan pelaku seksual berada di sekolah.
Namun katanya, perlu ada bukti sebelum mana-mana guru disyaki terlibat boleh digantung tugas.
Beliau berkata tiada mangsa atau keluarga mereka tampil memberitahu anak mereka dicabul sekali gus menafikan cakap-cakap bahawa kementerian itu tidak mengendahkan kes tersebut.
"Secara teknikal, dia dihukum hampir dua bulan (dengan melakukan kerja pejabat)," katanya.
Beliau berkata berdasarkan Peratuaran-peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan tatatertib) 1993, seseorang yang disiasat kementerian itu akan dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) selama 15 hari sementara menunggu siasatan.
Katanya, guru tersebut diletakkan di bahagian PPD Hulu Selangor selama hampir dua bulan bermula 18 Mei dan dipindahkan ke sekolah lain pada 27 Jun lalu.
Beliau berkata walaupun siasatan awal jabatan itu menunjukkan terdapat asas bagi kes tersebut, tiada mana-mana individu tampil membuat laporan polis bahawa mereka telah menjadi mangsa cabul.
Malah, beliau turut menyalahkan stigma sosial melibatkan apa-apa kes seksual kerana kekurangan bukti yang menghalang siasatan terhadap kes itu untuk diteruskan.
Katanya, adalah tidak benar kementerian tersebut tidak mengambil tindakan tegas ke atas pelaku seksual sambil menegaskan dua guru sudah dipecat pada 2012 dan 2013 atas kesalahan itu.-mstar
Share:

McDonald's Pertama Di Perak Akan Ditutup Selepas 30 Tahun Operasi



IPOH: Restoran francais terkemuka McDonald's yang pertama dan tertua di Perak akan ditutup selepas 30 tahun beroperasi.
Mula dibuka sejak lewat 1980-an, restoran itu yang terletak di Jalan Mustapha Al-Bakry akan ditutup sepenuhnya pada 30 November ini.
Semasa The Star melakukan tinjauan, seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, semua staf sudah dimaklumkan tentang penutupan itu.
"Satu mesyuarat akan diadakan bagi membincangkan hal tersebut tetapi kami tidak mengetahui punca penutupan restoran itu.
“Kami hanya dimaklumkan bahawa semua staf akan dipindahkan ke cawangan lain” jelasnya.
Sementara itu, seorang suri rumah, Low Yin Fong, 30, menyuarakan kesedihan apabila mendengar berita tersebut.
“Masa zaman sekolah dahulu, tempat ini merupakan salah satu tempat kegemaran untuk kami bertemu dengan rakan-rakan lain.
“Semasa kecil, Arwah pakcik saya selalu membawa saya dan sepupu ke sini untuk menikmati sarapan," ujarnya.
Selain itu, Yin Fong berkata, restoran berkenaan sangat unik kerana ia terletak di bangunan yang mempunya reka bentuk era penjajahan.
“Tidak semua cawangan McDonald's mempunyai reka bentuk sebegni.
“Saya akan singgah dan menikmati makanan di sana buat kali terakhir,” jelasnya.
Bagi seorang peniaga yang dikenali sebagai S.K. Lim, 46, berkata, tidak banyak cawangan restoran makanan segera di Ipoh ketika zaman mudanya.
“Ketika itu, jika dapat makan di McDonald's dianggap sebagai mewah.
“Sebulan sekali, saya akan bawa keluarga saya makan di sana ketika anak saya masih kecil.
“Kedua-dua anak saya suka pergi ke sana. Mereka sangat seronok kerana dapat bermain di ruang permainan kanak-kanak di tingkat satu.
“Sudah lama saya tidak menjejakkan kaki ke sana. Sekarang McDonald's boleh didapati di mana-mana sahaja,” tambahnya.- mstar
Share:

11 INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) BAKAL DITUKAR STATUS.

Hasil carian imej untuk ipg

9 IPG akan menjadi Politeknik dan Kolej TVET yang menawarkan pengajian kursus profesional TVET yang setaraf Diploma dan Ijazah . Setakat ini 9 Kampus tersebut belum diputuskan lagi.
2 IPG iaitu IPG Tuanku Bainun dan Raja Melewar untuk Permata pintar super genius yang khusus untuk menempatkan anak-anak yang Gifted and Talented .
Berkenaan penutupan IPG , Sebenarnya pada Kementerian pendidikan adalah sektor yang sudah mengalami ketapuan penjawatan . Jadinya , Proses pengkaderan besar-besaran bagi guru siswazah sepatutnya dikurangkan .
Sebagai rekod, sekarang sudah terdapat lebih 457,868 Pegawai Pengurusan dan Profesional sektor pendidikan yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan dengan hampir 70% dari jumlah keseluruhannya merupakan Graduan .
Berbalik kepada isu penjawatan kepada pengajar-pengajar dan Pensyarah-pensyarah di IPG tersebut , sudah tentu pasti terdapat beberapa pertukaran yang bakal dibuat oleh Suruhanjaya perkhidmatan pendidikan .
Share:

Burger Daging Babi P.Ramly, KPDNKK Ambil Tindakan‎

burgerbabi

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan ke atas pengusaha restoran yang bertanggungjawab mengeluarkan burger daging babi menggunakan nama P Ramly.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, KPDNKK mempunyai akta boleh diambil tindakan ke atas mana-mana pengusaha yang mengelirukan pengguna.

Beliau berkata, pihaknya telah menyiasat pengusaha jualan burger babi di restoran di Lembah Klang, Melaka dan Negeri Sembilan.

“Penguat kuasa kita berjumpa pengusaha terbabit dan membincangkan perkara ini kelmarin. Kita akan ambil tindakan sepatutnya jika kita pasti mereka buat kesalahan mengikut peruntukan sedia ada,” katanya.

Difahamkan, menu baharu itu diperkenal sempena sambutan Hari Merdeka dengan harga RM9.90 satu set.

Ia menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pelanggan beragama Islam, yang mendakwa mereka keliru burger P Ramly adalah burger keluaran syarikat Bumiputera, jenama Ramly Burger berstatus halal.

Memetik laporan sebuah akhbar semalam, pengeluar daging burger Ramly Food Processing Sdn Bhd turut mempertikai kelewatan pihak berkuasa bertindak selepas mereka mengemukakan aduan sejak tiga minggu lalu.

Mereka turut mempersoal tindakan pihak berkenaan menggunakan nama Ramly yang juga mirip seniman agung negara, Tan Sri P Ramlee.

Sementara itu, pemilik restoran tersebut, Ninja Joe melalui Facebooknya menyatakan, mereka akan terus jual burger tersebut dan hanya akan menukar nama lain.

Menurutnya, perkataan Ramly untuk burger daging babi itu adalah penghormatan kepada jenama Ramly sebagai pengeluar burger ternama di negara ini, tiada kaitan dengan pelakon P Ramlee dan ia satu kebetulan.

Difahamkan, huruf ‘P’ merujuk daging babi, ‘Pork Ramly’. – Sinar
Share:

Bukit Merah LakeTown Resort Dibuka Semula



IPOH: Bukit Merah LakeTown Resort (BMLR) membuka semula taman tema airnya bermula hari ini (Rabu) selepas arahan penutupan oleh Kementerian Kesihatan sejak 28 September lalu berikutan kes Rotavirus dan Gastroentritis Akut (AGE) yang dikesan di pusat rekreasi tersebut.

Menurut kenyataan akhbar BMLR di sini hari ini, dengan pembukaan taman tema air berkenaan, terdapat satu lagi tarikan terbaharu yang telah siap dipasang iaitu ‘The Giant Wet Buble’.

“BMLR telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Perak untuk menyiasat mengenai dakwaan kes tersebut.

“Oleh itu, bagi memastikan pusat rekreasi ini selamat dikunjungi dan bebas daripada sebarang wabak, sampel air daripada tujuh lokasi dalam taman tema air ini telah diambil untuk pemeriksaan,” katanya.
Share:

Harga Minyak Masak Kekal Tiada Perubahan


Berita baik yang diumumkan ini melegakan kerunsingan rakyat berikutan ada ura-ura harga minyak naik. Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak tanpa menkaji keperluan. Berikutan iti demi kebajikkan rakyat, harga minyak di Malaysia tidak berubah.
Harga minyak masak paket 1 kilogram kekal RM2.50, manakala harga minyak masak dalam botol akan mengikut harga pasaran berkuatkuasa 1 Nov.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

"Tanpa penstrukturan semula minyak masak, kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak untuk bulan Nov dan Disember," katanya pada sidang media di sini hari ini.


Share:

Kurung OKU, Orang Ramai Boleh Buat Laporan Polis





IPOH – Individu yang berasa terkilan dengan tindakan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Perak (RKKC) di Batu Gajah meletakkan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam kompartmen berpagar boleh membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada orang awam.

“Polis telah pergi ke tempat itu sejurus tersebarnya berita berkenaan dan siasatan buat masa dapati tiada salah laku oleh pihak pengurusan,” katanya kepada pemberita Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Hasnan berkata demikian sebagai viral gambar bertajuk ‘Malaysian Girl Discovers Shocking Scene of Disabled Kids Locked Up In Cages Like Dogs’ di RKKC.

Viral itu menunjukkan beberapa Orang Kurang Upaya (OKU) diletak dalam tempat berpagar yang didakwa berbau air kencing dan bahan peluntur.

Dalam perkembangan lain, Hasnan berkata sehingga kini polis telah merkodkan 28 percakapan berhubung insiden ular dicampak ke dalam kolam semasa perkhemahan unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kuala Kangsar baru-baru ini.

“Antara yang diambil keterangan termasuk pegawai APM yang menjalankan latihan tersebut dan polis masih lagi menunggu beberapa laporan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Minggu lalu, rakaman video berdurasi lebih dua minit menjadi viral di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah jurulatih APM mencampakkan ular ke dalamnya. – Bernama
Share:

Polis, JPN Kerjasama Banteras Jenayah Di Kalangan Pelajar



IPOH: Polis Perak memperhebatkan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi membanteras kegiatan jenayah dalam kalangan pelajar, termasuk penyalahgunaan dadah.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, selaras dengan hasrat itu, pihaknya akan menfokuskan kepada empat pendekatan yang akan dibuat bersama-sama pihak sekolah seluruh negeri.

Menurut beliau, walaupun peratus penglibatan pelajar dalam aktiviti jenayah serta tangkapan dibuat adalah kecil tetapi pihak polis tetap bimbang dan tidak memandang ringan perkara tersebut.

“Pada tahun ini daripada 5,337 kes jenayah, 46 daripadanya adalah melibatkan pelajar manakala bagi tangkapan pula daripada 2,033 kes, 71 daripadanya adalah pelajar,” katanya dalam satu sidang media khas di Ipoh pada Selasa.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengarah JPN Rozi Puteh Ismail.

Hasnan berkata, antara empat pendekatan tersebut adalah meningkatkan kehadiran pihak polis trafik, polis bantuan, warden sekolah serta pengawal sekolah sepanjang sesi persekolahan, khususnya di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, kata beliau, kelab pencegahan jenayah akan dimantapkan lagi di samping mempertingkatkan kesedaran ibu bapa mengenai salah laku pelajar di sekolah.

“Kita turut akan mendapatkan maklumat awal tentang penagihan, pengedaran dadah serta jenayah di kalangan pelajar serta guru, untuk disalurkan kepada kita secara segera,” jelasnya.

Tambah beliau, empat pendekatan itu  juga akan diberi penekanan khusus di sekolah-sekolah yang berada di daerah Ipoh, Manjung serta Taiping.

“Tiga daerah ini merupakan kawasan-kawasan yang tinggi jenayahnya dan antara daerah yang diutamakan ialah Taiping,” jelasnya.
Share:

Kadar BR1M Naik Tahun Depan



Kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan tahun depan, kata Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, petang Jumaat.
Perdana Menteri berkata, keseluruhan program BR1M akan memanfaatkan tujuh penerima dengan peruntukan RM6.8 bilion.
"Bagi isi rumah dalam senarai e-kasih dan berpendapatan di bawah RM3,000 dinaikkan daripada RM1,050 dan RM1,000 kepada RM1,200.
"Bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 sehingga RM4,000, dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.
"Bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000, dinaikkan daripada RM400 kepada RM450," katanya.
Menurut Najib, skim khairat kematian akan diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas.
Share:

Malaysia Masih Mampu Bentang Belanjawan Terbaik Walaupun Ekonomi Dunia Tidak Menentu - Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR - Malaysia masih mampu membentangkan belanjawan yang terbaik untuk rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini mengambil kira agihan kepada semua golongan dan sektor.

"Saya mewakili pihak jemaah menteri mengucapkan tahniah atas belanjawan yang cukup berpijak di bumi yang nyata walaupun kita tahu kehilangan pendapatan daripada sumber-sumber yang berasaskan kepada petroleum.

"Namun, apa yang telah dibentangkan memperlihatkan bahawa kita masih mampu memberikan agihan yang sepatutnya kepada semua pihak," katanya kepada pemberita selepas pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut melahirkan ucapan terima kasih kerana sektor keselamatan tetap diberikan keutamaan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperoleh jumlah peruntukan yang besar.

Katanya peruntukan berjumlah RM80 juta bagi membekalkan pakaian seragam kepada anggota RELA juga menunjukkan keprihatinan Perdana Menteri untuk melihat anggota sukarelawan itu berada di seluruh pelosok negara bagi membantu agensi keselamatan dan penguatkuasaan menjaga keamanan negara.

Sejumlah RM12.8 bilion diperuntukkan bagi Kementerian Dalam Negeri, termasuk RM8.7 bilion kepada PDRM dalam Bajet 2017.

Mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk memajukan negara dalam tempoh tiga dekad, Ahmad Zahid berkata beliau memberikan dokongan yang penuh terhadap pengenalan transformasi itu kerana ia penting dalam memastikan generasi akan datang bersama kerajaan membentuk hala tuju negara.

"Pada tahun 2057, negara kita akan berada di ambang 100 tahun kemerdekaan, tentunya transformasi nasional yang baru ini amat diperlukan supaya generasi Y yang ada serta generasi Z, dan generasi alfa yang akan muncul, mempunyai saham bersama membentuk negara," katanya.

Ditanya mengenai bajet kepada Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zahid menegaskan ia bukanlah peruntukan kepada Pejabat Perdana Menteri, sebaliknya ia melibatkan 90 agensi di bawah jabatan itu.- Bernama



Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages