KAK JUE BLOG'S

Kurung OKU, Orang Ramai Boleh Buat Laporan Polis





IPOH – Individu yang berasa terkilan dengan tindakan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Cacat Perak (RKKC) di Batu Gajah meletakkan Orang Kurang Upaya (OKU) di dalam kompartmen berpagar boleh membuat laporan polis.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada orang awam.

“Polis telah pergi ke tempat itu sejurus tersebarnya berita berkenaan dan siasatan buat masa dapati tiada salah laku oleh pihak pengurusan,” katanya kepada pemberita Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.

Hasnan berkata demikian sebagai viral gambar bertajuk ‘Malaysian Girl Discovers Shocking Scene of Disabled Kids Locked Up In Cages Like Dogs’ di RKKC.

Viral itu menunjukkan beberapa Orang Kurang Upaya (OKU) diletak dalam tempat berpagar yang didakwa berbau air kencing dan bahan peluntur.

Dalam perkembangan lain, Hasnan berkata sehingga kini polis telah merkodkan 28 percakapan berhubung insiden ular dicampak ke dalam kolam semasa perkhemahan unit beruniform Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kuala Kangsar baru-baru ini.

“Antara yang diambil keterangan termasuk pegawai APM yang menjalankan latihan tersebut dan polis masih lagi menunggu beberapa laporan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya.

Minggu lalu, rakaman video berdurasi lebih dua minit menjadi viral di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah jurulatih APM mencampakkan ular ke dalamnya. – Bernama
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages