KAK JUE BLOG'S

Fenomena Air Pasang Besar Lima Daerah Di Perak Terkawal


Lima daerah di negeri Perak terjejas akibat fenomena air pasang besar pagi ini namun paras air di semua kawasan terlibat semakin surut dan tiada penduduk yang dipindahkan.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, daerah yang terlibat ialah Bagan Datoh, Kerian, Manjung,  Hilir Perak dan Larut, Matang dan Selama.
Katanya, di Daerah Manjung sebanyak 15 buah rumah di Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis dinaiki air sedalam 0.75 meter akibat ban penahan air yang bina pecah.

“Air di kawasan itu mulai surut pada pukul  7.30 pagi ini dan tiada penduduk dipindahkan,” katanya.

Menurutnya, di Bagan Datoh air laut naik melepasi paras biasa sehingga memasuki kawasan halaman penempatan di lima buah kampung  pada pukul 5 pagi ini namun surut sepenuhnya tiga jam kemudian.

Katanya, tiga kawasan di Hilir Perak iaitu Batu 7 1/2 Batak Rabit, Lorong Kalat Batak Rabit dan Kampung Esso dinaiki air pada pukul 4.30 pagi namun surut sepenuhnya pada pukul 8 pagi ini.

“Beberapa kawasan di Daerah Kerian dan Daerah Larut Matang dan Selama turut dinaiki air namun mulai surut dan tiada penduduk dipindahkan,” katanya. Di Daerah Kerian keadaan masih terkawal pemantau dibuat oleh pasukan RELA dan JPAM malah Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar turut serta berjaga malam di pusat gerakan .

Katanya, semua kawasan terlibat  kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal.

“Pemantauan paras air terus  dilakukan di semua kawasan berisiko,” katanya

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages