KAK JUE BLOG'S

Sistem Kewangan Islam Malaysia Antara Yang Terbaik Dunia


Penerbit sukuk terbesar di dunia, Malaysia, telah menjadi contoh terbaik kepada negara‐negara lain yang berminat untuk melaksanakan sistem kewangan Islam, kata Institut Latihan dan Kajian Islam (IRTI).
Pengurus Bahagian Penyelidikan Kewangan dan Ekonomi Islam Abdul Ghafar Ismail memetik Indonesia sebagai contoh, yang telah memanfaatkan kepakaran Malaysia dan berkemungkinan menjadi penerbit sukuk terbesar akan datang.
"Indonesia sedang mempertimbangkan sukuk sebagai satu cara bagi membiayai projek infrastrukturnya, khususnya dalam sektor pengangkutan," kata beliau dalam satu sidang akhbar selepas pembukaan Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam ke‐11 (ICIEF).
Abdul Ghafar berkata, Malaysia boleh memberikan kepakarannya kepada negara‐negara Afrika seperti Senegal, Kenya dan Nigeria, yang sedang mencari kaedah alternatif untuk menyokong pembangunan ekonomi mereka berikutan kejatuhan harga minyak dunia.
"Untuk melaksanakan sistem kewangan Islam yang efisien, adalah penting (bagi negara‐negara yang berminat) untuk mewujudkan satu pelan induk yang akan menentukan hala tuju strategik industri.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages