KAK JUE BLOG'S

KKM JANGKA 1.3 JUTA PENDUDUK ALAMI KATARAK DALAM 10 TAHUN AKAN DATANG



Kementerian Kesihatan menjangkakan kira-kira 1.3 juta penduduk Malaysia yang berumur 50 tahun ke atas akan mengalami penyakit katarak dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata penyakit katarak yang dialami boleh membawa kepada masalah kebutaan jika tidak mendapat rawatan lebih awal.

Beliau berkatanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Penglihatan Sedunia 2016 Peringkat Kebangsaan di sini, hari ini.

Dr Hilmi berkata kajian sama juga mendapati 413,000 penduduk Malaysia berumur 50 tahun dan ke atas mengalami masalah penglihatan.

Beliau berkata pembedahan katarak boleh dilakukan pada peringkat awal di hospital yang disediakan kerajaan tanpa perlu menunggu tempoh katarak matang bagi mengurangkan risiko kebutaan.

Dr Hilmi berkata KKM menyediakan perkhidmatan rawatan katarak di 40 buah hospital pakar di seluruh negara dengan anggaran pembedahan sehingga 50,000 kes katarak setahun.

KKM juga melaksanakan Program Klinik Katarak 1Malaysia (KK1M) untuk mengatasi bebanan kes katarak secara sistematik dengan mewujudkan Zon Bebas Katarak di seluruh negara selain menambah bilangan pelajar sarjana kursus oftalmologi, katanya.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages