KAK JUE BLOG'S

FORMULA BIJAKSANA PENTING DALAM LAHIRKAN MASYARAKAT DWIBAHASA



Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mahu satu formula yang bijaksana dicari dalam melahirkan masyarakat dwi bahasa bagi membangunkan sumber manusia bersifat global tanpa meminggirkan kedaulatan bahasa kebangsaan.

Baginda bertitah pada Majlis "Titah Diraja" anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Sultan Nazrin Shah bertitah dalam menerima hakikat pentingnya rakyat terutama orang Melayu menguasai bahasa yang lebih sejagat dalam memperkaya ilmu dan kemahiran, negara perlu berhati-hati dengan kaedah yang dipilih supaya yang dikendong tidak berciciran.

Titah baginda, bahasa kebangsaan juga tidak harus dijadikan mangsa untuk dipinggirkan kerana kaedah pengajaran bahasa Inggeris di sekolah yang kurang efektif.

Sultan Nazrin bertitah amat malang sekiranya bahasa Melayu kehilangan nilai ilmu, pentadbiran dan komersial dalam era globalisasi dan dunia korporat.

Sultan Nazrin turut menegur syarikat-syarikat gergasi berkaitan kerajaan, yang diterajui oleh orang Melayu, turut mempamerkan sikap tidak menghormati bahasa kebangsaan, selain tidak  menunjukkan sokongan bersungguh kepada badan-badan yang berjuang untuk terus mendaulatkan bahasa kebangsaan. 

Titah baginda, martabat dan kemuliaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah sebahagian daripada semangat perjanjian kemerdekaan.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages