KAK JUE BLOG'S

Universiti Diminta Rangka Pendekatan Kukuhkan Perpaduan Rakyat



Titah Tuanku Zara  setiap universiti di negara ini wajib memberi perhatian, merangka pendekatan dan melaksanakan program yang dapat meningkatkan kefahaman, mengeratkan hubungan serta mengukuhkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum.

Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim bertitah pendidikan dan institusi pendidikan berperanan penting sebagai medium serta platform dalam usaha memupuk dan membina semangat perpaduan dalam kalangan warga.

"Faktor-faktor keterbukaan dan toleransi, saling menghormati dan memahami, saling mengenali dan menerima perbezaan terutama dalam isu-isu menyentuh agama serta budaya amat penting diberi perhatian," titah baginda.

Tuanku Zara yang juga Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertitah demikian pada Istiadat Konvokesyen UPSI kali ke-18 di Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City di sini Selasa.

UPSI menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 9,304 graduan selain menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Pendidikan kepada bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Tuanku Zara bertitah agar lepasan universiti berusaha dan membantu membentuk Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai rakyat bersatu padu selain menumpahkan kesetiaan kepada raja dan negara.

Titah baginda, sejak merdeka 59 tahun lalu semangat satu negara-satu bangsa, telah dirintis dalam kalangan anggota masyarakat yang memiliki pelbagai latar belakang agama, etnik, budaya dan bahasa.

Menyentuh mengenai UPSI, baginda bertitah universiti itu yang bermula dengan Sultan Idris Training College (SITC) telah melahirkan ramai para pejuang kemerdekaan tanah air melalui penulisan dan persuratan, pendidikan, pertubuhan sukarela serta parti politik.

"SITC memiliki kaitan sejarah yang signifikan dengan perjuangan kemerdekaan tanah air, melahirkan inteligensia bangsa pada era pramerdeka.

"Semangat kesedaran mahu meningkatkan martabat bangsa, mula dinyalakan di sini. Suara menuntut supaya bumi ini dibebaskan daripada cengkaman penjajahan dan bangkit sebagai tanah air yang merdeka turut digemakan di sini," titah Tuanku Zara.

-- BERNAMA
Share:

Malaysia Mahu UNHCR Lebih Tegas Tangani Isu Imigran - TPM Zahid


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap pada Mesyuarat Peringkat Tertinggi Bagi Menangani Penghijrahan, Pelarian dan Migran Berskala Besar sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke -71 di sini hari ini. - Foto AP

NEW YORK: Menyedari peningkatan jumlah golongan imigran yang semakin meningkat sehingga ada yang menjadi 'duri dalam daging' kepada negara, Malaysia mendesak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) lebih tegas menangani permasalahan itu. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata ini kerana isu imigran adalah menjadi cabaran keselamatan utama dan berterusan dihadapi Malaysia sama ada ia membabitkan imigran sah apatah lagi pendatang tanpa izin. 

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, penyebab berlakunya migrasi secara haram lazimnya berhubung kait dengan migrasi pekerja haram, pemerdagangan dan eksplotasi seksual selain mereka yang lari daripada penindasan, diskriminasi, bencana alam, kemiskinan dan konflik senjata. 

"Saya ingin mengambil peluang untuk menyatakan masalah berkaitan penempatan semula imigran yang berada di Malaysia bertahun-tahun lamanya sebelum mereka dihantar ke negara ketiga. 

"Ini akan menimbulkan masalah ekonomi, sosial, politik dan keselamatan kepada negara. Dalam hal ini , saya ingin menggesa UNHCR dan negara yang menyokong Konvensyen Pelarian 1951 dan protokol berkaitan supaya memberi perhatian serius dan segera bertindak ke atas isu ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Peringkat Tertinggi Bagi Menangani Penghijrahan, Pelarian dan Migran Berskala Besar sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke -71 di sini hari ini. 

Ahmad Zahid berkata, satu lagi masalah yang 'menggigit' dalam isu imigran khasnya golongan pelarian di Malaysia adalah keaslian status kad UNHCR yang dikeluarkan kepada mereka. 

"Antara usaha yang pernah saya cadangkan dalam perbincangan saya dengan UNHCR ialah menubuhkan Pasukan Petugas Bersama ( JTF ) antara Malaysia dan UNHCR untuk pendaftaran dan pengeluaran kad UNHCR yang memiliki ciri-ciri keselamatan tambahan. Namun, penentuan status pelarian adalah atas budi bicara pihak UNHCR," katanya. 

Timbalan Perdana Menteri turut abangsa bagi menangani konflik migrasi yang berpunca daripada peperangan, bencana alam, ketidakstabilan politik dan konflik bersenjata. Katanya,walaupun menegaskan yang Malaysia tidak akan mengenepikan komitmen dan obligasi antarn tidak menjadi ahli Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967, Malaysia sentiasa memberikan bantuan kemanusiaan dalam kes tertentu tanpa menjejaskan kedaulatan, integriti dan keselamatan negara. 

Info * Dalam sesi UNGA ke-70 tahun lalu, Malaysia sedia menerima 3,000 pelarian SyriA * 79 imigran Syria dibawa masuk ke Malaysia sehingga Mei lalu * 421 imigran dijangka diterima masuk ke Malaysia menjelang akhir tahun ini - BH
Share:

Atlet paralimpik Malaysia luar biasa - PM Najib

mna



KUALA LUMPUR: Kejayaan Malaysia meraih tiga pingat emas dan satu gangsa dalam temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil disifatkan sebagai kejayaan luar biasa, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya temasya ke-15 itu adalah temasya Sukan Paralimpik yang paling diikuti dan akan terus dikenang rakyat Malaysia berikutan prestasi cemerlang atlet negara.


"Daripada 163 negara dan lebih 4,000 atlet yang bertanding, kontinjen kita berjaya meraih tempat ke-36, dengan pungutan tiga pingat emas dan satu pingat gangsa. Ini adalah kejayaan yang luar biasa, sebagaimana luar biasanya atlet kita yang bertanding.


"Tahniah Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, emas acara 100m, Muhammad Ziyad Zolkefli, emas acara lontar peluru, Abdul Latif Romly, emas acara lompat jauh, dan Siti Noor Radiah Ismail, gangsa acara lompat jauh.

"Keempat-empat anda telah mengharumkan serta menjulang nama Malaysia di persada sukan antarabangsa, dan kami amat bangga," katanya dalam catatan terbaharu di laman www.najibrazak.com malam ini.

Edisi ke-15 Sukan Paralimik Rio yang bermula secara rasmi pada 7 September lepas melabuhkan tirainya pada Ahad.

Najib berkata, kegigihan atlet-atlet lain yang tidak berjaya membawa pulang pingat juga tiada tandingnanya.

"...meskipun ia tidak membuahkan pingat di sana, tahulah bahawa anda tetap wira dan wirawati rakyat Malaysia.

Lebih daripada itu, anda semua telah membuka mata penggemar sukan di Malaysia dan serata dunia bahawa usaha dan semangat yang gigih tanpa kenal erti lelah melampaui batas fizikal yang mungkin ada," katanya.

Najib berkata, kerajaan akan terus memberi segala bantuan dan sokongan yang diperlukan atlet paralimpik sama ada dalam bentuk kelengkapan, kewangan mahupun moral. Beliau juga berharap usaha sedemikian dapat sama-sama dikongsi pihak swasta bagi membolehkan atlet negara terus berusaha menempa kejayaan.

Menyentuh aspek penghargaan, Najib berkata keringat dan usaha para atlet dalam apa jua acara dan peringkat adalah serupa. Justeru, adalah wajar mereka semua diberikan insentif dan penghargaan yang sama.

"Sebab inilah juga mengapa Malaysia adalah antara segelintir kecil negara yang memberi penghargaan kejayaan sukan sama kepada atlet biasa dan atlet luar biasa. Ini akan kita tunaikan, insya-Allah," jelasnya.

Najib berkata beliau dan rakyat Malaysia telah lama yakin bahawa satu hari nanti Jalur Gemilang dikibarkan dan lagu kebangsaan dimainkan di pentas tertinggi sukan antarabangsa.

"Dan hari itu telah tiba, bukan sekali, bukan dua tetapi tiga kali Negaraku berkumandang di bumi Rio kali ini.

Tahniah, terima kasih, dan teruskan usahamu atlet-atlet luar biasa!" katanya. - Bernama
Share:

Datin Seri Rosmah Mansor Terima Anugerah ‘Lead By Example’Daripada UNESCO

Image result for rOSMAH MANSOR

KUALA LUMPUR  - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia, Datuk Seri Alias Ahmad berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
"Pengiktirafan ini sekali gus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, anugerah sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 Sept ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Alias berkata, sebanyak 13 anugerah lain dalam pelbagai kategori juga akan disampaikan pada majlis tersebut.
"Penganugerahan berprestij ini merupakan anjuran bersama UNESCO dan enam tokoh wanita ulung dunia yang terlibat dalam bidang pendidikan, hak asasi manusia, pemerkasaan wanita dan advokasi kewarganegaraan global," katanya.
Turut menerima anugerah ialah Presiden Senegal Macky Sall dan beberapa individu dan aktivis terkemuka dunia dalam memperjuangkan keamanan sejagat seperti Ayub Mohamud dari Kenya, Nicholas Kristof dari New York Times dan Nadia Murad dari Iraq.- Bernama
Share:

Kejayaan Atlet Paralimpik Terselit Kisah Duka

Ziyad ZOLKEFLI MUHAMMAD memecahkan rekod dunia acara lontar peluru

ALOR SETAR  - Kejayaan atlet paralimpik negara meraih pingat dalam Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro, Brazil merupakan kemegahan besar buat negara walaupun terselit 1,001 kisah suka dan duka.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata di sebalik kejayaan luar biasa itu, mereka pernah melalui saat sukar apabila kehilangan rakan seperjuangan yang ketika itu berada di puncak prestasi seperti pelari pecut para­limpik Azlan Mat Lazim.
“Allahyarham Azlan berada di tahap kemuncaknya dengan meraih tiga pingat emas Sukan Para Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan dan menjadi antara prospek ke Rio tahun ini, namun beliau terkorban dalam kemalangan jalan raya pada 2015.
“Sebelum itu juga, dunia paralimpik negara pernah dikejutkan dengan kehilangan pemanah negara pada 2011, Mohd. Salam Sidik yang berada di puncak prestasi, serta kemalangan jalan raya yang menimpa ketua jurulatih olahraga para R Jaganathan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Junior Cycling Malaysia yang dirasmikan Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah di hadapan Menara Alor Setar hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata kesemua rintangan itu membangkitkan semangat kepada atlet paralimpik negara sehingga mereka mencapai kejayaan luar jangkaan, termasuk pencapaian Siti Nor Iasah Mohammad Ariffin yang mendapat tempat keempat dalam acara 400m T20 (masalah pembelajaran).
Malaysia meraih pingat emas pertama dalam Sukan Paralimpik Rio melalui pelari pecut Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 (cerebral palsy), diikuti kejayaan Muhammad Ziyad Zolkefli yang mencipta rekod dunia acara lontar peluru F20 lelaki (masalah pembelajaran) dengan jarak balingan 16.84m.
Aksi cemerlang kontinjen negara diteruskan Abdul Latif Romly yang memenangi emas sambil memecahkan rekod dunia acara lompat jauh T20 dengan jarak lompatan 7.60m, dan disusuli pingat gangsa Siti Noor Radiah Ismail dalam acara lompat jauh wanita T20.
Ahmad Shapawi berkata kejayaan diperoleh negara itu juga turut bertitik tolak daripada program elit paralimpik yang dianjur Kementerian Belia dan Sukan melalui MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) sejak 2006 lagi.
“Ini merupakan kejayaan yang dicapai selepas mengharungi tempoh latihan jangka panjang. Kejayaan mereka di Rio lebih membanggakan apabila atlet berjaya meme­cahkan rekod kejohanan dan mencipta rekod dunia dalam acara masing-masing.
“Sukan olahraga memang cemerlang manakala beberapa sukan lain tidak mengecewakan seperti berbasikal dan pelayaran. Namun program latihan sukan memanah dan angkat berat akan dikaji dan ditambah baik pada masa akan datang,” katanya.- Bernama

Share:

Orang Penang Nantikan Mara Digital Akan Dibuka di Pulau Pinang


Pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera, Mara Digital Mall bakal dibuka di Pulau Pinang, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, pengarah Mara negeri sedang mencari lokasi sesuai untuk tujuan itu sama ada di tanah besar atau di pulau atau di kedua-duanya.

"Sepertimana kita ketahui Pulau Pinang mempunyai potensi besar dari segi pasaran kerana ia adalah sebuah bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Tanjong di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Tanjong Datuk Ahmad Ibni Hajar. 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pemilihan lokasi bagi Mara Digital Mall turut mengambil kira dari segi suasana bagi menarik lebih ramai orang untuk membeli barangan di pusat berkenaan.

"Kita perlu mengutamakan suasana, jangan cari tempat yang begitu terpencil. Sekiranya di tempat beli-belah ia akan hidup kerana ramai golongan muda yang menghidupkan suasana di kompleks beli-belah, jadi lokasi adalah intipati penting dalam pembukaan Mara Digital Mall," katanya.

Katanya selain Pulau Pinang, kajian untuk penubuhan pusat itu turut dijalankan di Perak dan Kedah dalam usaha untuk melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bekerja kuat bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Beliau berkata parti komponen sebenarnya bergantung antara satu sama lain dan oleh itu perlu bekerja bersama-sama, berkongsi kuasa serta berkongsi kerja untuk mencapai kemenangan.

"Tujuan kita wujudkan komponen supaya kita dapat bersama-sama. Orang Melayu sumbang undi melalui UMNO, orang Cina (sumbang undi) melalui Gerakan dan MCA manakala Parti Progresif Penduduk (PPP) dan MIC menyumbang dari segi pengundi India.

"Jika semua parti mewakili kaum ini boleh menyumbang berdasarkan kaum masing-masing, Insya-Allah kita (BN) akan menang, semua kerusi pun kita akan menang," katanya

Share:

Rumah Mampu Milik, Jaringan Keselamatan Sosial Antara Fokus Bajet 2017

Image result for RAHMAN DAHLAN DAN RUMAH MAMPU MILIK


KUALA LUMPUR,- Bajet 2017 dijangka menumpukan kepada beberapa isu penting antaranya rumah mampu milik, jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan dan program latihan untuk melatih semula graduan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Abdul Rahman yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkata bajet kali ini dijangka menyediakan langkah untuk memastikan rakyat mempunyai jaringan keselamatan sosial yang lebih berkesan apabila berada dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
“Selain itu, kita memerlukan banyak program latihan (untuk melatih semula) lepasan universiti supaya mereka lebih relevan kepada industri ketika ini,” katanya selepas merasmikan persidangan pengujian perisian Softec Asia 2016 di sini hari ini.
Bagi golongan pertengahan atau M40, katanya selain pelepasan cukai, kerajaan juga dijangka mengkaji cara untuk mengurangkan beban golongan ini dari segi perbelanjaan tetap bulanan.
“Jika tidak dapat meningkatkan pendapatan rakyat pada kadar yang tinggi seperti diminta, mungkin kita boleh lihat apa yang ada dalam komponen
bayaran bulanan yang boleh dikurangkan.
“Kita mungkin boleh berkolaborasi dengan sektor swasta supaya perbelanjaan ini boleh dikurangkan,” katanya sambil menambah langkah itu akan meningkatkan kuasa beli golongan M40, sekali gus membantu merancakkan pertumbuhan ekonomi.
Sementara itu, Abdul Rahman menggesa pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan mesej di laman sosial yang mengaitkan penutupan cawangan beberapa institusi perbankan di negara ini dengan kemerosotan ekonomi, supaya menghentikannya kerana dikhuatiri akan memudaratkan ekonomi negara.
Katanya mesej tersebut yang turut meramalkan kejatuhan ringgit ke paras RM4.50 bagi setiap dolar AS bermotifkan politik yang bertujuan
mensabotaj ekonomi negara dan akan memberi kesan buruk kepada kerajaan.
Beliau menjelaskan penutupan cawangan bank di negara ini bukan berkaitan dengan pengucupan ekonomi sebaliknya sebahagian daripada program rasionalisasi untuk mengurangkan kos bank.
Katanya langkah itu juga diambil selepas mengambil kira peningkatan penggunaan perkhidmatan perbankan internet yang lebih mudah dan menjimatkan masa.
“Mereka (institusi perbankan) berasakan rakyat Malaysia telah bersedia untuk memasuki era digital dan cawangan ditutup untuk mengurangkan kos mereka. Ia tidak mempunyai kaitan dengan ekonomi,” katanya.
Share:

Sebelum Malaysia Bankrap Ada 70 Negara Akan Bankrap Dahulu Seperti UK, Dan Jepun

Image result for asyik kata malaysia bankrap
Hanya berkongsi mesej daripada seorang rakan daripada sektor kewangan ….
Mata wang Malaysia dijangka terus menurun kepada RM 4.50 pada akhir September kerana Ringgit tidak digunakan sebagai mata wang ini untuk dagangan di bursa saham dunia. Ringgit akan jatuh kerana kerajaan akan mengurangkan eksport minyak mentah disebabkan oleh terlebih lebihan bekalan.
Mata wang naik dan turun. Sekarang kita berada di USD1 kepada RM4.00 tetapi kita berada di USD1 kepada RM4.47 pada awal tahun. Hidup kita tidak banyak berubah apabila ringgit kita menyusut dari RM3.20 hingga RM4.00 sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Kita juga tidak tiba-tiba menjadi lebih kaya apabila mata wang kita meningkat dari RM3.73 kepada RM3 dari 2008 hingga 2012. Begitu juga United Kingdom tidak muflis apabila pound UK menyusut dari £1 kepada RM6.75 pada Oktober 2015 kepada RM5.20 baru-baru ini.
malaysia-muflis-
Malah, Ringgit yang lebih lemah membolehkan kita bersaing kuat seperti yang dibuktikan dengan peningkatan berterusan kami dalam perdagangan luar negeri dan lebihan dagangan kita di mana industri pembuatan dan perkhidmatan kita mendapat manfaat yang banyak walaupun kelemahan harga minyak GLOBAL, yang berada di luar kawalan Malaysia.
Ini akan membantu Malaysia untuk mempelbagaikan ekonomi kita supaya kita akan kurang bergantung kepada eksport komoditi.
Setiap orang harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana ini adalah bencana ekonomi secara menyeluruh. Rizab Bank Negara hanya bernilai RM101 bilion pada ketika ini. Tetapi hutang kita telah meningkat kepada RM614,880,270 bilion. Maksudnya, setiap rakyat yang membayar cukai mempunyai hutang sebanyak RM18,835.
Nasihat sekarang ini adalah untuk berhenti melabur dalam apa-apa perniagaan, hartanah atau kereta. Tunai dalam tangan adalah selamat..kerana bencana bakal terjadi.
Jumlah rizab BNM yang anda katakan adalah betul tetapi mata wang adalah salah. Rizab BNM semasa kita bukanlah RM101 bilion tetapi USD101 bilion (atau sekitarnya kerana ia turun naik juga), bermakna RM400 bilion. Saya terkejut bahawa “Tun Daim” akan membuat kesilapan bodoh seperti itu.
Untuk hutang kerajaan kita, jangan hanya melihat kepada jumlah mutlak tetapi nisbah hutang kepada KDNK yang bermaksud hutang kita berbanding pendapatan tahunan kita. Kita berada pada kira-kira 54% sekarang.
Semasa Mahathir menjadi PM pada tahun 1982, dia menaikkan nisbah ini dari 40% kepada lebih daripada 100% dalam masa 5 tahun dan kita tidak muflis ketika itu. Begitu juga kita tidak akan muflis sekarang ini pada 54%.
Malah, menurut Buku Fakta dunia CIA, Malaysia pada 54% berada di tempat ke-71 dalam negara-negara dengan hutang yang paling tinggi kepada nisbah KDNK – bermakna 70 negara-negara lain perlu muflis terlebih dahulu sebelum sampai giliran Malaysia  –  dan ini termasuk negara-negara seperti Jepun, Singapura, UK, AS, Jerman dan lain-lain.
Pulau Pinang kini telah memulakan projek Induk Pengangkutan bernilai RM46 bilion RM46 bilion di mana kerajaan negeri itu berkata, mereka akan meminjam untuk membiayai projek berkenaan.
Dibahagikan dengan 1.6 juta rakyat Pulau Pinang, ini bermakna RM28,750 seorang dan jika kamu percaya RM18,835 seorang akan menjadikan Malaysia muflis, maka RM28,750 seorang bermakna Pulau Pinang akan muflis lebih cepat daripada yang lain di negara ini.
Penganalisis Ekonomi Dunia meramalkan dalam tempoh 3 bulan akan datang, ekonomi Malaysia akan runtuh. Pasaran saham dan nilai mata wang akan jatuh merudum dengan cara yang drastik.
Ini adalah kerana prospek ekonomi dunia yang negatif bagi tahun 2017.
Saya rasa kita telah mendengar perkara ini banyak kali. “Penganalisis Ekonomi Dunia” yang mana yang anda maksudkan?
Malaysia masih menikmati 4.1% pertumbuhan kukuh KDNK dalam tempoh 6 bulan yang lalu, pasaran saham kita masih dua kali ganda daripada pada tahun 2009 dan lebihan dagangan dan rizab kita kuat. Jadi, bagaimana kita akan jatuh?
Minyak mentah akan jatuh disebabkan oleh lebihan bekalan kerana Amerika menghasilkan lebih banyak minyak mentah. Sebab-sebabnya adalah: i) untuk menjejaskan ekonomi Rusia dan mata wangnya kerana Rusia adalah nombor 1. ii dunia) ISIS, untukmembiayai hidup mereka, juga menjual minyak mentah murah yang diseludup dari Syria dan Iraq menyebabkan pembanjiran pasaran minyak.
Pengeluaran minyak Malaysia akan terkena tempias ini… selain daripada ketidaktentuan politik semasa dan rasuah yang menyebabkan pelaburan asing tidak menggalakkan…
Pengeluaran minyak dan eksport kita sudah terkena tempiasnya – pada tahun 2009, minyak mewakili 44% daripada hasil kerajaan kita dan ia hanyalah 17% pada tahun lepas dan 11% tahun ini. Dan kita masih tidak jatuh.
Harga Minyak Turun
Walaupun ia jatuh lagi 11% dan hasil minyak mencapai sifar, kita tidak akan jatuh kerana industri kita yang lain seperti pembuatan dan perkhidmatan dan ekonomi domestik kita akan terus memacu pertumbuhan kita.
Dunia telah melihat Malaysia sebagai kedudukan nombor 1 untuk: i) Rasuah dan Skandal dan pemalsuan kewangan dalam pengubahan wang haram.
Sebenarnya, Malaysia berada di kedudukan ke-54 yang paling kurang rasuah daripada 179 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Badan Ketelusan Antarabangsa yang terbaru – sudah tentu bukannya nombor satu. Saya tidak pasti siapa yang meletakkan kita pada nombor satu tetapi sudah pasti bukan mana-mana badan yang diiktiraf.
Jadinya, kawan-kawan yang dikasihi, sila belanjakan wang anda dengan bijak. Simpanlah wang anda untuk hari yang susah, kerana kita sedang menuju ke hari yang sukar dan mencabar.
Perjalanan ini akan menjadi sukar dan tidak diduga. Ini akan menjejaskan kita semua, tidak kira sama ada kaya atau miskin. Selamat berjaya kepada semua ………….. Tun Daim
Ianya sentiasa bagus untuk membelanjakan wang di mana yang perlu tetapi mesej-mesej WhatsApp yang palsu seperti yang sering disebarkan oleh parti pembangkang untuk memusnahkan keyakinan dalam ekonomi Malaysia.
Oleh itu, pembangkang sering menyebarkan pembohongan yang mengelirukan dan palsu seperti ini untuk memusnahkan keyakinan dalam apa yang dikenali sebagai “self-fulfilling prophecy”.
Bayangkan jika semua orang percaya apa yang ada dalam mesej ini, maka tiada sesiapa yang akan berbelanja dan jika tiada sesiapa yang akan berbelanja maka semua kedai akan tutup, kilang-kilang juga akan tutup dan kemudian bank akan tutup dan sebagainya.
Apabila semua itu berlaku, semua orang juga akan kehilangan pekerjaan atau perniagaan mereka.
Oleh itu, menyebarkan pembohongan seperti itu tidak membantu Malaysia malah merosakkan Malaysia dan diri kita sendiri.
Orang-orang ini tidak peduli apa yang berlaku kepada Malaysia, asalkan mereka mendapat apa yang mereka mahu.
Mereka berfikir jika ekonomi tidak baik maka ia adalah lebih mudah bagi mereka untuk mendapatkan kuasa. Orang-orang ini adalah keji. Jangan percayakan penipuan mereka dan menyebarkan mesej yang negatif seperti itu untuk menghasut kebencian, mewujudkan ketakutan yang akhirnya akan berakhir dengan merosakkan diri kita sendiri.
Hentikannya, “Tun Daim”, begitu juga dengan orang-orang terkutuk dan palsu yang lain. -tv14
Share:

Taman Tugu Antara Usaha Jadikan KL Bandar Bertaraf Dunia - Najib




KUALA LUMPUR - Transformasi kawasan Tugu Negara kepada taman rimba kota (Taman Tugu) adalah antara usaha ke arah menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata projek seluas 26.7 hektar yang fasa pertamanya akan siap pada pertengahan 2018, bertujuan menambah tempat beriadah untuk warga kota.

"Ini kenyataan yang tidak dapat kita tolak. Kita kini sedang berjuang ke arah itu (menjadikan Kuala Lumpur bertaraf dunia).

"Kita akan belanja RM60 bilion untuk MRT, RM10 bilion untuk LRT, RM4.4 bilion untuk 'River of Life' dan juga High Speed Rail yang akan menjadi kenyataan beberapa tahun lagi," katanya ketika berucap melancarkan Projek Taman Tugu di sini hari ini.

Hadir sama ister perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Najib berkata Taman Tugu diharap sinonim dengan Kuala Lumpur sebagaimana London yang sinonim dengan Hyde Park serta Central Park yang sinonim dengan New York.

Beliau mengingatkan pihak terlibat dalam pembinaan Taman Tugu mengekalkan nilai-nilai sejarah yang terdapat di kawasan itu seperti Tugu Negara.

"Nasi lemak Tang Lin jangan dilupa. Saya ingat dulu saya berbasikal tanpa pengiring ke sini untuk beli nasi lemak ketika itu 30 sen harganya. Itu semua nilai-nilai yang boleh dikekalkan," katanya.

Beliau berkata bagi memastikan taman yang diwujudkan itu menepati kehendak rakyat, kerajaan akan mendapatkan cadangan orang awam mengenai kemudahan yang perlu ada di kawasan berkenaan termasuk cadangan nama yang sesuai.

"Ini projek yang mengujakan. Ini usaha bersepadu antara banyak pihak. Dengan pelbagai kemudahan, ia sekelip mata akan jadi taman dengan ciri-ciri hutan hujan tropika. Dengan pokok-pokoknya, unggasnya...Boleh anda bayangkan," katanya.

Perdana menteri berkata pada masa akan datang pemimpin dunia yang melawat Malaysia juga akan dijemput menanam pokok di taman itu sebagai menghargai kedatangan mereka.

Kawasan taman berkenaan, yang terletak di belakang monumen Tugu Negara, kini diliputi hutan sekunder dan akan diubah menjadi sebuah taman rimba kota, dilengkapi kemudahan rekreasi dan pembelajaran untuk manfaat rakyat negara ini.

Ia merupakan projek tanggungjawab sosial korporat Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dengan kerjasama beberapa kementerian serta syarikat swasta.

Projek di atas tanah yang dianggarkan bernilai RM2.1 bilion itu menelan kos RM650 juta yang 75 peratus atau RM500 juta dibiayai oleh Khazanah.

Antara kemudahan yang disediakan setelah taman itu siap kelak ialah dek pejalan kaki yang akan menghubungkan taman itu dengan KL Sentral.

Sementara itu, Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata satu daripada komponen utama projek itu melibatkan pemuliharaan kira-kira 1,000 batang pokok hutan hujan dan penanaman kira-kira 5,000 batang pokok baharu.

Beliau berkata Taman Tugu akan menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf dunia di beberapa zon khusus berkaitan alam sekitar, rekreasi dan pembelajaran termasuk sebuah pusat informasi hutan hujan, tapak perkhemahan, titian silara, kawasan permainan air, laluan joging, laluan pejalan kaki dan basikal, gazebo dan pelantar pemandangan serta kedai yang menyajikan makanan dan minuman.

Selain itu, katanya taman itu akan menempatkan pusat pembelajaran dan inovasi seperti perpustakaan awam, auditorium, galeri serta ruang yang boleh digunakan untuk mesyuarat dan majlis tertentu.

"Projek Taman Tugu juga direka dengan matlamat menghubungkan beberapa kawasan utama, selari dengan visi menjadikan ibu kota metropolis bertaraf dunia di bawah inisiatif Greater Kuala Lumpur.

"Di bawah inisiatif ini, beberapa rangkaian pembangunan utama di Kuala Lumpur akan dipertingkat termasuk pengangkutan awam, hab pengangkutan di KL Sentral, taman-taman, termasuk jalinan ke River of Life serta akses ke tapak-tapak warisan dan budaya di sekitar Kuala Lumpur," kata beliau.- Bernama




Share:

Kes Zika Dikesan Di Malaysia


Malaysia mencatatkan kes virus Zika pertama apabila seorang wanita dari Klang, disahkan positif dijangkiti virus tersebut selepas pulang dari Singapura pada 21 Ogos, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata wanita berusia 58 itu yang menetap di Bandar Botanic, Klang telah datang mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di Klang selepas mula mendapat gejala ruam, seminggu selepas pulang dari negara jiran terbabit.
“Berdasarkan sejarah lawatan beliau ke Singapura dan anak perempuan yang berada di sana juga telah dijangkiti virus itu, maka wanita tersebut telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh dan hasil ujian air kencing menunjukkan beliau telah dijangkiti Zika,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Tambahnya, difahamkan wanita itu yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh kini berada dalam proses pemulihan.
Menurutnya, setakat ini negara jiran, Singapura telah mencatatkan lebih 115 kes jangkitan Zika dengan lima orang daripadanya adalah rakyat Malaysia yang dipercayai bekerja di sana.
Susulan itu, katanya, kementerian telah mengambil langkah kawalan vektor di kawasan kediaman kes dan tempat yang dilawati pesakit termasuk tempat pembiakan aedes, penggunaan larvisid dan semburan kabus.

Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages