KAK JUE BLOG'S

Kejayaan Pelajar Adalah Kejayaan Guru - Najib



Kejayaan yang dinikmati banyak pihak kini  adalah hasil titik peluh para guru yang amat berdedikasi dalam mengutamakan kejayaan pelajar mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengimbau kenangan semasa beliau menjadi seorang pelajar, Perdana Menteri berkata guru-guru sentiasa amat tegas, namun ketegasan mereka penuh dengan kasih sayang dalam membentuk sahsiah pelajar.

"Kejayaan pelajar adalah kejayaan mereka, dan kini ramai golongan berjaya adalah hasil titik peluh guru-guru yang amat berdedikasi dan sentiasa meletakkan pembelajaran dan perkembangan pelajar sebagai yang paling utama.

"Sempena Hari Guru hari ini, sama ada kita telah berpuluh tahun meninggalkan perkarangan sekolah ataupun masih menelaah dalam bilik darjah, marilah sama-sama kita menghargai jasa dan pengorbanan golongan pendidik ini. 

"Terima kasih cikgu, dan selamat Hari Guru!," katanya dalam catatan di laman Facebook, Isnin.
Sambutan Hari Guru diraikan pada 16 Mei setiap tahun.
Share:

Bila Melayu Sudah Menjadi “BALACI DAP” –Kata-Kata Pemimpin DAP Melebihi Ucapan Ulama

image

Berbagai agenda tersembunyi DAP telah dihuraikan sebelum ini, berbagai strategi nyata dan tidak nyata dibentangkan. Semuanya itu bukan sekadar artikel penglipur lara yang mana untuk menghiburkan hati banyak pihak.
Pendedahan demi pendedahan dilakukan didalam bentuk penulisan adalah bertujuan untuk menyedarkan bangsa Melayu yang  kini sedang di”gula-gula” kan  oleh DAP dengan berbagai impian dan harapan.
Kita amat berharap, ada diantara kita yang telah meyokong DAP agar berpatah kembali ke jalan perjuangan bangsa yang menentukan hala tuju sesuatu bangsa dimasa akan datang. Bukan untuk membawa bangsa Melayu kearah jalan jalan penghinaan  melalui bangsa asing.
Mungkin hari ini, dengan pelbagai tohmahan yang dilakukan oleh DAP dan sekutunya termasuk pro Mahathir terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib hanya menjurus kepada  satu sudut cara pemerintahan dan juga yang menjurus kepada kepentingan mantan politik.
Kita boleh melihat , persepsi yang cuba ditanamkan tidak ubah untuk memburukkan sokongan terhadap  Najib Razak dan pada kebanyakan kenyataannya menjurus kepada arah tersebut. Namun kita jarang sekali melihat ada kenyataan  yang mengajak kita mengukuhkan bangsa Melayu.
Kenyataan-kenyataan yang hanya berkisar kepada 1MDB, RM2,6 billion dan juga mengumpulkan tanda tangan sebagai langkah untuk menjatuhkan Najib Razak. Semua itu dilakukan  dengan berpaksikan agenda untuk menaikkan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Disatu sudut lain pula DAP terus menggunakan kesempatan ini , menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan sikap rasis terhadap bangsa Melayu disamping menggunakan Melayu untuk memecah belahkan Melayu.
Ketaksuban sebilangan orang Melayu terhadap DAP sehingga ada yang sanggup melanggari hukum adat dan budaya Melayu dan mementingkan DAP dari segalanya. Ada diantaranya seakan sanggup mati bersama DAP, sedangkan pada masa yang sama DAP melancarkan kezaliman terhadap orang Melayu tanpa belas kasihan.
Seakan sudah tiada perasaan kasih dan sayang sesama Islam dan sebangsa apabila  menyokong DAP. Bangsa dan darah Melayu  didalam tubuhnya seakan sudah “dicinakan” sehingga kan kerana DAP Melayu-Melayu ini akan  menjadi benteng pertahanannya.
Mungkinkah satu hari nanti orang Melayu DAP akan meminta pemimpin mereka membacakan talkin untuk ibu bapa, anak-anak dan saudara-saudara mereka yang meninggal dunia . Mana tidak nya  sekarang pun kita sudah melihat bagaimana sudah ada yang sanggup menjemput orang Cina DAP mengunting rambut anak atau cucu mereka.
Mungkin bagi mereka tindakan menjemput pemimpin DAP ini akan mendapat  lebih afdal dan membawa berkat berbanding dengan imam-imam atau tuan-tuan guru yang mengguntingnya. Keberkatan tangan yang tidak disamak dan disucikan dengan air tanah itu mungkin lebih baik dari tangan-tangan yang disucikan dengan air sembahyang.
Sebagaimana kita tahu, DAP akan melalukan apa sahaja untuk menunjukkan keperihatinan mereka kepada bangsa “sasaran” untuk dijadikan “peluru”  demi mencapai agenda politik mereka. Mereka (DAP) sanggup melabur dan membunag masa  demi memastikan keryakinan “sasaran” mereka  masuk kedalam perangkap yang disediakan.
Apabila sudah mencapai satu tahap keyakinan dan mula melihat bagaimana orang Melayu mengatakan bahawa  DAP lebih baik daripada orang Melayu UMNO dan PAS. Dan  menafikan  bahawa DAP tak makan rasuah, membantu mereka, ambil berat masalah mereka, menghormati agama Islam.
DAP akan melihat kenyataan kontra , apabila orang melayu sendiri akan mengatakan bahawa  pemimpin dan orang UMNO adalah syaitan, zalim, menindas, rasis dan tidak membantu orang Melayu dan rakyat Malaysia. UMNO makan rasuah dan curi duit rakyat.
Pada ketika ini DAP dengan penuh yakin bahawa orang Melayu DAP menumpahkan seluruh taat setia yang tidak berbelah bagi kepada pemimpin dan parti DAP. Dimasa ini apa juga dilakukan oleh DAP terhadap bangsa  Melayu yang lain akan dipertahankan sehingga sanggup berpatah arang.
Justeru itu , tidak hairan lah  ada orang Melayu yang sanggup nak saman neneknya hanya kerana cuba menghalangnya dari bertanding sebagai calon pilihanraya. Kesetiaan begini secara tidak langsungnya akan  memecahkan Melayu dan hubungan sesama Melayu.
Maka tercapailah agenda DAP untuk memastikan Melayu bukan lagi didalam satu kelompok yang terkuat. Agenda dalaman telah dilakukan  melalui  kapasiti Melayu itu sendiri. Masih lagi tidak mahu sedar, seburuk mana pun pemerintahan Melayu sekarang, kita masih mempunyai sebuah negara bernama Malaysia.
Apa-apa pun boleh berlaku apabila ketaksuban dan kebencian mengalahkan kebenaran dan keimanan sebagai seorang Melayu yang beragama Islam.

image
Share:

Lelaki Jual ‘Lesen Terbang’ Dalam Facebook

Lesen terbang

KUALA LUMPUR – Sindeket lesen terbang dikesan kembali memulakan operasi menjelang sambutan hari raya Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.

Modus operandi pada kali ini dikatakan lebih tertumpu kepada pengguna jalan raya yang ingin pulang untuk berhari raya bersama keluarga di kampung.

Terbaharu, seorang pengguna media sosial dilihat cuba mengambil kesempatan dengan menjual lesen terbang di laman Facebook sehingga mengundang pelbagai reaksi.

Pengguna Facebook yang mengunakan nama Mohd Sharul (dipercayai akaun palsu) itu meminta kepada mana-mana individu yang berminat untuk segera menghubunginya melalui Facebook.

“Terima kasih yang support semalan! Assalam semua! RAYA DH DEKAT! Lesen terbang, kali ni yang memang tak ade dalam System! 98% copy ori Ade Hologram! Harga offer Sebelum Raya! Tak layan Pm2, Srs Talk inbox Terus
sekian” tulisnya memetik kenyataan di status berkenaan.

Bagi menyakinkan masyarakat, Mohd Sharul turut memuatnaik puluhan gambar lesen berserta sampul Pos Ekspres bagi menunjukkan kesediaannya untuk membuat penghantaran ke seluruh negara.

Malah melalui gambar yang disertakan itu, turut kelihatan lesen jenis B2 dan D milik seorang lelaki warganegara Myanmar yang telah siap diproses.

Sementara itu Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad dalam satu kenyataan awal bulan ini berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan PDRM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menghapuskan sindiket lesen terbang yang semakin berleluasa di negara ini.

Tinjauan SuaraTV melalui ruangan komen di status berkenaan mendapati masih ramai pengguna Facebook yang dilihat berminat untuk mendapatkan lesen terbang tersebut walaupun pihak berkuasa telah berulang kali mengeluarkan peringatan mengenainya.

Pihak kami turut cuba untuk menghubungi pengendali akaun tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, namun sehingga kini gagal mendapatkan sebarang maklumbalas. – SuaraTV
Share:

Hanya 22 Peratus Pencarum KWSP Mempunyai Simpanan Mencukupi Untuk Persaraan




PETALING JAYA - Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan.

Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP Balqais Yusoff berkata, 78 peratus pencarum lagi tidak mempunyai asas caruman mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.




Sambil menyatakan dari sudut pandangan KWSP bahawa realiti persaraan hari ini agak menyedihkan, beliau berkata daripada 6.7 juta pencarum KWSP yang aktif, 65 peratus daripada mereka mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan.

"Jadi, ini bermakna, berdasarkan definisi kami, di mana pesara akan memerlukan sekurang-kurangnya RM820 sebulan dalam tahun-tahun persaraan, mereka yang mempunyai simpanan RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun sebelum simpanan mereka kehabisan.

"Itupun jika mereka boleh bertahan hidup dengan RM820 sebulan. Kita tahu RM820 itu tidak cukup, di mana dengan jumlah itu hari ini, mungkin anda boleh berbelanja untuk barangan runcit dan itulah realiti kehidupan hari ini," katanya kepada Bernama, di sini.

Balqais berkata, jumlah simpanan asas RM196,800 untuk persaraan dikira sebagai RM820 sebulan.

Beliau berkata, pada hari ini KWSP mempunyai kira-kira 14.5 juta pencarum di mana 6.7 juta yang menyumbang sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan dianggap sebagai pencarum aktif.

Katanya, struktur gaji yang rendah di negara ini adalah penyumbang utama kepada keadaan itu, di mana 89 peratus daripada penduduk yang bekerja mendapat kurang daripada RM5,000 yang diterjemahkan kepada kadar simpanan yang lebih rendah untuk KWSP.

"Dari segi kadar sumbangan, Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia dari segi simpanan mandatori. Namun disebabkan struktur gaji ia tidak boleh diterjemahkan kepada bilangan simpanan yang tinggi," katanya.

Walaupun struktur gaji merupakan satu isu, beliau menjelaskan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan terutamanya dasar gaji minimum di mana apabila kadar caruman dijajarkan dengan gaji minimum, keadaan itu akan bertambah baik.

"Oleh itu, kita perlu sentiasa mengkaji semula struktur gaji dan gaji minimum juga perlu dijajarkan dengan kos sara hidup yang terus meningkat," katanya.

- BERNAMA 
Share:

Laksa, Ais Kacang RM1 Di Kedai Kak Na



Mazlina Md Hashim bersama hidangan di gerainya yang dijual pada harga RM1


NIBONG TEBAL: Sebuah gerai yang dikendalikan oleh seorang penduduk di Kampung Sungai Buaya dekat Taman Rekreasi Bukit Panchor di sini popular di kalangan penduduk tempatan dan pelawat kerana beberapa jenis makanannya dijual pada harga RM1 semangkuk.

Laksa dan hidangan berkuah lain, ais kacang dan pelbagai jenis minuman berkarbonat yang terdapat pada menu dan berharga RM1 itu hanya  boleh diperolehi pelanggan apabila mereka berkunjung di Kedai Kak Na.


Makanan tersebut dihidangkan seperti biasa, tanpa bahan-bahannya dikurangkan.
Pemilik gerai, Mazlina Md Hashim, 32, berkata terdapat pelanggan yang memesan dua atau tiga mangkuk makanan untuk memenuhi selera mereka.
Mazlina berkata dia tidak mempunyai sebab untuk menaikkan harga kerana dia hanya mahu mendapat sedikit keuntungan daripada perniagaannya.

"Ramai pelanggan tanya saya kenapa saya jual makanan murah sangat ketika harga bahan-bahan mahal harganya.

"Jawapan saya sentiasa sama 'supaya semua orang mampu'.

"Jika harga makanan murah, lebih banyak pelanggan akan datang. Jika mereka gembira, saya juga gembira," katanya ketika ditemui di kedainya, Sabtu.

Mazlina berkata, dia berhenti kerja di kilang sembilan tahun lalu sebelum mengambil alih perniagaan ini daripada ibunya.

Gerainya, yang dibuka dari tengah hari hingga 3 petang kecuali hari Selasa dapat menarik ramai pelanggan, khususnya pelajar dari dua kolej berdekatan.

Terdapat juga lain-lain jenis makanan yang dijual dengan harga yang lebih mahal.

Antara pelanggan tetapnya adalah seorang pekerja kilang, Osman Mat Nayan, 29, yang datang untuk makan tengah hari dengan sekumpulan rakan-rakannya selepas bermain badminton.

"Kami datang ke sini setiap kali selepas perlawanan badminton mingguan. Makanannya bukan sahaja murah, malah sangat memuaskan. Kadang-kadang kami rasa harganya terlalu murah dibandingkan dengan hidangannya yang banyak.
"Sebagai contoh, ais kacangnya yang besar banyak bahan-bahan," katanya. 

#MNA



Share:

Keputusan Kemasukan Ke Universiti Awam,Politeknik Premier Mulai 16 Mei - KPT

Keputusan kemasukan ke universiti awam, politeknik premier mulai 16 Mei - KPT

Pemohon juga boleh menghantar khidmat sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [No. KP] dan hantar ke 15888. -Foto ums.edu.my

PUTRAJAYA: Status keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam atau politeknik premier bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf boleh disemak pada 16 Mei (Isnin) mulai 12 tengah hari.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkata pemohon boleh menyemak keputusan dengan menghubungi talian hotline 03-88706767 atau 03-88706777 dan laman web <http://upu.mohe.gov.my>, <https://jpt.utm.my>, <http://jpt.uum.edu.my>, <https://jpt.unimas.my>, <http://jpt.ums.edu.my>.

Pemohon juga boleh menghantar khidmat sistem pesanan ringkas dengan menaip UPU RESULT [No. KP] dan hantar ke 15888.

Pemohon juga boleh membuat semakan tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi universiti awam berkaitan atau Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) mulai 17 Mei (Selasa).

"Semua pemohon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh universiti awam atau politeknik premier melalui laman web rasmi universiti atau JPP," kata kenyataan itu.

"Kegagalan calon yang berjaya untuk mengesahkan penerimaan atau penolakan tawaran pada tarikh yang ditetapkan dianggap menolak tawaran tersebut," katanya.

Dalam itu, sejumlah 440,688 calon telah menduduki peperiksaan SPM pada  2015 dan hanya 181,317 calon (41.1 peratus) telah mengemukakan permohonan UPUOnline.

"Daripada jumlah ini, 90.3 peratus iaitu 163,681 calon layak dipertimbangkan untuk kemasukan ke program pengajian peringkat asasi dan diploma di universiti atau politeknik premier bagi Sesi Akademik 2016/2017," tambahnya.

Selain itu, KPI berkata Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BPKP JPT) juga  menyelaras kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

"Keputusan kemasukan ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA pula akan diumumkan pada 26 Mei (Khamis) mulai jam 12.00 tengah hari," kata kenyataan itu.

Hanya pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke universiti awam atau politeknik premier boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan.

"UPU Online Rayuan akan dibuka dalam tempoh lima hari sahaja mulai 26 Mei hingga 31 Mei 2016 di <http://upu.mohe.gov.my>," kata KPT.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di universiti awam dan politeknik premier selepas pendaftaran pelajar baharu.
Keputusan rayuan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Jun 2016 dan jika tiada sebarang tawaran diterima dalam tempoh empat minggu selepas tarikh pendaftaran pelajar baharu di universiti awam dan politeknik premier berkenaan, maka rayuan tersebut hendaklah dianggap gagal.

Tawaran yang diberikan kepada calon adalah muktamad, jelas kementerian .

Pemohon boleh menghubungi BPKP JPT di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan atau terdapat sebarang kemusykilan.
Share:

UMNO 70 Tahun : Adakah Kekuatan UMNO Masih Sama?



Membicarakan ulangtahun penubuhan UMNO kali ke70 semalam, pastinya ramai yang terimbau bagaimana UMNO satu ketika dahulu cukup mantap dan kuat hasil kerjasama utuh diantara ahlinya. Malah semangat setiakawan ahli UMNO satu ketika dahulu cukup dicemburui rakan dan juga lawan, apatah lagi setiap kali UMNO bakal berhadapan dengan satu-satu pilihan raya.










Hari ini, ada yang mengatakan UMNO sudah tidak relevan dalam arus kemodenan yang dinikmati oleh negara. Malah adalah yang secara sinis mengatakan, UMNO mungkin bakal terkubur apabila negara bakal mengadakan Pilihan Raya Umum ke 14 beberapa tahun nanti. Benarkah dakwaan ini?

Apabila kita melihat kedalam susur galur, setiap ceruk kekuatan UMNO hari ini, UMNO sebenarnya masih kuat dan masih kekal relevan. Dibantu oleh sebahagian besar ahli yang masih setia mendukung semangan UMNO, sukar bagi kita untuk mengatakan UMNO sudah tidak lagi relevan dalam arus politik semasa.

Cuma, UMNO hari ini berhadapan dengan corak serangan baru yang dirangka sendiri oleh ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin dalaman UMNO yang mahu melihat UMNO yang ada hari ini hancur, hanya akibat dendam kesumat beberapa orang pemimpin terhadap Presiden UMNO itu sendiri.

Menyedihkan, akibat pertelagahan pemimpin-pemimpin ini, yang menjadi mangsa adalah ahli-ahli UMNO itu sendiri. Jika pada tahun 1988 dan 1992, UMNO pernah terpecah kepada dua kumpulan dan hari ini,peristiwa perpecahan itu cuba diwujudkan kembali oleh mereka yang mahu menuntut kepentingan peribadi mereka tanpa memperdulikan nasib 3.6 juta ahlinya.




Lebih memilukan, sayap kekuatan parti UMNO itu sendiri, Sayap Pemuda dan Puteri UMNO masih terkial-kial mencari formula untuk mendekatkan parti itu dengan golongan muda yang ada diluar sana. Agak menghairankan, dikala Presiden UMNO menyeru untuk meremajakan UMNO, kedua-dua sayap ini terus hanyut dibuai masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak langsung menyumbang kepada kekuatan parti secara keseluruhannya.

Ada dikalangan ahli UMNO sendiri bertanya, apakah faedahnya melakukan selfie, wefie dan sebagainya kepada kekuatan dan peremajaan UMNO itu sendiri? Kenapa tidak mereka mengikut jejak langkah parti lawan seperti DAP dan PKR turun padang mendaftarkan anak-anak muda diluar sana sebagai pemilih yang sah dan seterusnya mengajak mereka mendekati UMNO?

Inilah yang dilakukan oleh semua Ketua Pemuda UMNO sebelum ini termasuk Presiden UMNO itu sendiri, Datuk Sri Haji Mohd Najib Tun Abdul Razak, semasa beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dahulu.

Tidak sukar untuk mengikut jejak langkah mereka yang telah terbukti berjaya dalam merancak dan meramaikan ahli UMNO yang aktif seperti satu ketika dahulu. Usah menjadikan UMNO seperti sebuah birokrat yang susah dan sukar untuk didekati oleh golongan muda dan golongan pengundi atas pagar.











Untuk terus memastikan UMNO kekal relevan, perubahan harus dilakukan secara menyeluruh, bukan hanya sekadar bermusim. Jika ini dilakukan, UMNO yang dinilai oleh pembangkang dan mereka yang menjadi pengkhianat parti sebagai lemah dan menunggu kehancuran, pasti akan bangkit dan mampu meredah apa sahaja dugaan dan cabaran yang bakal melanda.

Ingatlah, landasan perjuangan UMNO adalah berteraskan perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair. Ianya telah terpateri sejak penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 dan semangatnyalah yang kita bawa untuk diwariskan kepada anak cucu kita selagi mana Melayu wujud di dunia. Usah lupa, UMNO adalah tunggak kepada kerajaan hari ini.

#SamuraiBiru


Share:

Waspada Tawaran Kerja Palsu Di TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB)

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan tawaran pekerjaan di Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa melalui proses pengambilan warga kerja yang diamalkan oleh syarikat itu.

TNB dalam satu kenyataan hari Rabu berkata pihaknya telah menerima beberapa aduan mengenai tawaran kerja oleh individu yang menyamar sebagai warga kerja di syarikat bekalan elektrik terbesar di Malaysia itu.

Lebih membimbangkan individu yang menyamar itu turut meminta sejumlah wang sebagai ganjaran kerja selain memajukan surat tawaran kerja palsu.

Menurut kenyataan itu, pengambilan warga kerja oleh syarikat berkenaan akan dibuat menerusi iklan termasuklah di laman web www.tnb.com.myatau terus ke pautan https://emadis.tnb.com.my serta portal JobStreet.com dan bukannya melalui individu tertentu.

Malah TNB juga tidak sama sekali meminta atau menerima sebarang pembayaran daripada pemohon kerana proses permohonan jawatan di syarikat berkenaan tidak membabitkan sebarang bayaran.

Justeru mana-mana pihak yang menerima tawaran kerja mencurigakan dinasihatkan untuk berhubung terus dengan TNB di talian 03-2296 6537atau 03-2296 6818. – Bernama
Share:

Malaysia Dijangka Berdepan Masalah Jerebu & La Nina Bulan Depan

SHAH ALAM 21 October 2015. Kelihatan I-City Shah Alam kabur ekoran jerebu dari Lebuhraya Persekutuan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara berada di paras 233* sangat tidak sihat setakat jam 1 petang. STR/Nazran Jamel

PUTRAJAYA – Malaysia dijangka berdepan masalah jerebu pada bulan depan hingga Oktober ini berikutan cuaca panas dan kering yang akan dialami Sumatera dan Kalimantan, Indonesia.

Bagaimanapun, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keadaan jerebu itu kemungkinan berada pada tahap sederhana kerana fenomena La Nina diramal berlaku pada tempoh sama yang menyebabkan hujan, sekali gus mengurangkan impak jerebu.

“Berdasarkan kajian oleh Pusat Meteorologi Khad ASEAN (ASMC) di Singapura, fenomena La Nina ini mungkin menyebabkan banjir di beberapa tempat di Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu dan Pahang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Wan Junaidi juga berkata, perjanjian persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Sumatera yang ditandatangani sebelum ini tidak akan dilaksanakan, sebaliknya masalah jerebu rentas sempadan itu akan ditangani menerusi kerajaan dengan kerajaan (G2G).

“Indonesia tidak dapat meneruskannya kerana dilihat tidak efektif disebabkan Sumatera sahaja tidak mampu menangani masalah itu, sebaliknya memerlukan kerjasama kerajaan pusat.

“Justeru, satu mesyuarat teknikal bagi membincangkan instrumen di bawah G2G berkenaan akan diadakan di Indonesia pada 30 Mei ini,” katanya. – BH
Share:

PRK Kuala Kangsar : Tiga Calon Disebut-sebut

Kuala Kangsar

PILIHAN Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Kangsar (P.067) bakal diadakan dalam masa terdekat. Menurut desas desus yang sedang bertiup kencang dikalangan penduduk tempatan, calon pertama adalah Pengarah Biro Tatanegara Perak (BTN) Shamlan Bin Zabaai dan calon kedua merupakan bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Ramly Zahari.
Apabila Dato Noriah Kasnon, Ahli Parlimen Sungai Besar  meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini maka BN dikatakan perlu mempertimbangkan satu kerusi wanita untuk PRK kali ini.
Antara yang di dalam pertimbangan ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar Aishah Halid dan naibnya, Rohaya Abd Rajak.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa Umno sudah mengenal pasti beberapa individu berpotensi untuk disenaraikan sebagai calon PRK Kuala Kangsar.
Persiapan awal sedang dilakukan ibu pejabat Umno selain melihat senarai pengundi, kawasan, demografi dan komposisi kaum di kedua-dua kawasan tersebut.
Penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad masing-masing maut dalam nahas helikopter di Sarawak, Khamis lepas.
Nama lain yang turut disebut ialah Ketua Wanita UMNO Pasir Salak Datuk Wan Norashikin Wan Nordin. Beliau sebelum ini pernah menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Ketua Puteri Perak. Selain itu pernah menjadi ADUN Kampung Gajah yang sebelum ini digugurkan dalam pilihan raya lalu.
Selain daripada itu juga, nama Ustaz Kazim Elias turut disebut-sebut sebagai salah seorang calon PRK Kuala Kangsar . Namun begitu, peluang beliau agak nipis memandangkan beliau pernah menolak pelantikan sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO kerana masih belum bersedia terbabit dalam politik.
Semua pihak memang ternanti-nanti pengumuman nama calon PRK Kuala Kangsar nanti. Semua pihak akan bekerja keras bagi memastikan calon Barisan Nasional dapat memepertahankan kerusi parlimen tersebut.
  • PRU14.tv
Share:
Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Recent Posts

Pages