KAK JUE BLOG'S

Ceramah Dr Zakir Naik : Seorang Penganut Hindu Peluk Islam Di Malaysia

images (2)

Pengembaraan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik di seluruh dunia sudah terbukti berjaya kerana sudah ramai yang memeluk agama Islam selepas mendengar ceramah dan penjelasannya berkaitan Islam kebaikannya.
Ketika ini, beliau berada di Malaysia untuk menyampaikan beberapa siri ceramah di beberapa negeri antaranya Terengganu, Melaka dan di Kuala Lumpur dan kehadirannya kali ini ada mencetuskan sedikit kontroversi. Sebenarnya ini bukan kali pertama beliau datang ke negara ini dan berceramah.
Pada 2012, ketika berceramah di Malaysia, ada seorang India beragama Hindu yang videonya dirakamkan ketika bertanyakan soalan kepada Dr Zakir ketika di Malaysia telah memeluk Islam sebaik selesai dia bertanyakan soalan dan menerima jawapannya.
Lelaki itu yang memberitahu namanya sebagai Ragu berkata beliau sudah lama mengenali pendakwah itu melalui siri videonya di laman YouTube dan mendalami penerangan berkaitan Islam yang disampaikan beliau.
Dia juga bercerita berkenaan betapa bertuahnya berada di Malaysia kerana berpeluang belajar mengenai Islam dan juga para nabi serta Rasul kerana Islam merupakan agama yang dianuti majoriti penduduk di negara ini.
Ragu bertanyakan soalan “Menurut agama Buddha, ada seorang nabi akan datang tidak lama lagi… mengapa sebelum ini, nabi dan rasul lain tidak diberi peluang untuk menjadi yang terakhir sehinggalah Allah memilih Nabi Muhammad SAW untuk menjadi rasul dan nabi yang terakhir,” kepada Dr Zakir.
Dalam jawapannya, Dr Zakir Naik berkata “Mengapa Allah memilih Muhammad SAW untuk menjadi rasul terakhir dan mengapa Baginda hadir pada 1,400 tahun dahulu, tidak sebelumnya dan tidak sekarang, atau anda boleh ibaratkan mengapa Allah tidak melantik hanya Muhammad SAW dan kemudiannya tiada lagi sesiapa selepasnya.. ia adalah satu soalan yang bagus.
“Ia sebenarnya seperti anak saya beritahu pada saya.. Ayah, saya mahu menjadi doktor, mengapa saya perlu diletakkan di sekolah rendah, sekolah menengah, kenapa tidak terus hantar saya ke kolej perubatan sahaja.
“Jadi, Allah Subhanahu Wata’ala adalah Pencipta, Dia Maha Mengetahui bagaimana manusia ciptaanNya… Itulah sebabnya Allah menurunkan ramai nabi dan rasul bermula dari Nabi Adam AS hinggalah Nabi Muhammad SAW. Dia tahu bagaimana minda manusia berkembang.



“Jadi, ketika ini Allah Maha Mengetahui bahawa manusia sudah bersedia sepenuhnya untuk menerima sepenuhnya Al-Quran,” katanya dalam jawapan berkenaan.
Selesai Dr Zakir menjawab soalan Ragu, lelaki itu kemudian dibimbing oleh pendakwah itu mengucap dua kalimah syahadah di hadapan ribuan penonton ceramah beliau sekaligus menjadi seorang Muslim pada malam itu.
Oleh itu, soal beliau akan menyentuh sensitiviti agama lain sepatutnya dilihat dengan lebih mendalam kerana kedatangan Dr Zakir ke Malaysia membawa banyak kebaikan kepada umat Islam serta agama lain di negara ini. Tindakan mengadakan provokasi pihak tertentu hanya mahu menghalang beliau dari terus berceramah untuk menyebarkan kebaikan Islam di negara ini.



Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages