Perpaduan ialah penyatuan, yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Perpaduan dalam bermasyarakat ringkas atau biasa ianya berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi.
Bersandarkan pada etika perpaduan..KRT Tanjung Piandang dan AJk. ..telah mengatur satu program ziarah kasih. Hari ini 15 hb April pada jam 3.30 petang..usai mengambil barang untuk sumbangan.. diketuai oleh Pn Hasnah selaku pengerusi dan AJK KRT.memulakan langkah ziarah kasih ke rumah yang pertama
Kerjasama dari semua AJK amat membantu program ini berjalan dengan lancar.
Tiap AJK mempunyai peranan yang tersendiri. Bermula dengan mengenalpasti penerima sumbangan.. membeli barangan sumbangan seterusnya tiba ke hari perlaksanaan ..semuanya teratur.
Seramai dua belas orang yang disenaraikan untuk dilawati. Sumbangan diberi tanpa mengira kaum. Walaupun sumbangan yang diberi tidaklah besar .. seperti kata pepatah memberi lebih elok dari menerima..
Membantu setakat yang mampu..lebih penting adalah mendekati ..memahami dan berkongsi rasa..senyuman yang dipamerkan oleh penerima menyatakan rasa hati mereka..
Tahniah pada semua yang terlibat.
#ziarahkasih
#KRT
No comments:
Post a Comment