KAK JUE BLOG'S

MARA Terus Taja Pelajar Ke Luar Negara


APR : Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak akan mengurangkan jumlah tajaan pelajarnya namun akan menjalankan kajian dan dasar baharu bagi memilih negara alternatif untuk menaja pelajar-pelajarnya berikutan keadaan ekonomi negara ketika ini.
“Contohnya, kita kurangkan penghantaran pelajar di United Kingdom, sebaliknya menghantar pelajar ke negara lain seperti India kerana kos sara hidup lebih rendah,” kata Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjawab Ahli Parlimen Kerlun, Datuk Othman Aziz di Dewan Rakyat, Isnin.
Menurutnya, Mara akan melihat kepada negara yang mempunyai kos sara hidup yang lebih rendah namun dalam masa sama memiliki kualiti pengajian dan pembelajaraan yang tinggi.
Mara juga dalam masa sama akan melaksanakan program kerjasama antara Institusi Pendidikan Mara (IPMa) dan beberapa institusi awam dan swasta terpilih yang mempunyai rangkaian usahasama program dengan universiti di luar negara.
“Dahulunya, pelajar-pelajar akan dihantar terus ke luar negara untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di sana.
“Bagi menghadapi kekangan ekonomi semasa, pelajar-pelajar akan membuat persediaan di dalam negara selama dua tahun setengah dan seterusnya di universiti luar negara terpilih bagi program Ijazah Sarjana Muda,” katanya.

Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages