KAK JUE BLOG'S

Harap Gaji RM12,000 Petik Buah Di Australia, Cuma dapat RM1,200

kutip buah di australia

Seorang bekas kakitangan swasta di sini kesal apabila hasratnya untuk menambah pendapatan ke luar negara tidak kesampaian.

Bekas pemetik buah di Australia yang mahu dikenali sebagai Siti berkata, gaji yang diberikan bukan sahaja tidak sebanyak dijanjikan malah berdepan risiko diburu pihak berkuasa.

“Saya dapati adik-beradik lain mempunyai tanggungan sendiri kerana masing-masing berkeluarga.

“Dari situ timbul niat ke Australia memetik buah selepas membaca satu iklan di Facebook yang menawarkan gaji RM12,000 sebulan.

“Jumlah keseluruhan dibelanjakan untuk ke sana, termasuk tiket kapal terbang dan upah ejen, hampir mencecah RM9,000 dan saya terbang ke Melbourne pertengahan Januari 2014,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Siti, 32, berkata setibanya di Australia, upah yang diberikan tidak lumayan seperti didakwa malah terpaksa mencari peluang pekerjaan yang lebih baik.

Katanya, iklan yang tersebar di media sosial ternyata tidak benar apabila hanya mampu membawa pulang RM1,200 walaupun banyak mengeluarkan modal.

“Minggu pertama saya di sana, saya memetik anggur dan sepatutnya menerima bayaran A$450 (RM1,343.51), namun, kontraktor hanya membayar A$150.

“Memikirkan hutang semakin menimbun di tanah air, saya kuatkan semangat, namun semakin lama saya semakin rasa tidak berbaloi terpaksa berjauhan dengan keluarga untuk bayaran yang sedikit.

“Berada di negara orang untuk bekerja tanpa permit sah membuat saya sentiasa berada dalam ketakutan, terutama apabila terserempak pihak berkuasa,” dia dilaporkan berkata.  – MalayMail
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages