KAK JUE BLOG'S

Program PERMATA Insan Lahir Pelajar Seimbang Dunia, Akhirat – PM

NILAI 05 APRIL 2016. [For all] Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika simbolik majlis perasmian Kompleks Permata Insan, USIM, Nilai. Turut bersama Penaung Program PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Canselor Usim, Profesor Datuk Dr Musa Ahmad. NSTP /IQMAL HAQIM ROSMAN

Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Program PERMATA Insan sebagai tepat pada masanya dalam usaha kerajaan melahirkan peradaban yang hebat.

Perdana Menteri berkata, berkata program itu bukan hanya untuk melahirkan generasi cemerlang akademik, tetapi juga pemimpin masa hadapan yang mempunyai kesungguhan tinggi untuk berjaya dunia dan akhirat.

“Mereka akan menjadi insan yang pandai, tetapi kepandaian itu adalah berdasarkan al-Quran dan sunnah,” katanya ketika merasmikan Kompleks Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penaung Program PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan; dan Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Kolej PERMATA Insan yang terletak di kawasan seluas 4.8 hektar, menerima 48 pelajar perintis pada 17 Januari tahun lalu dan kini mempunyai 113 pelajar.

Najib berkata, Program PERMATA Insan juga cukup kena dengan dasar kerajaan untuk meningkatkan daya saing negara di peringkat dunia.


Katanya, ini dilakukan dengan memberi penekanan kepada penguasaan pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015.

“Saya dapati pelajar kolej ini mempunyai penguasaan hingga tiga dan empat bahasa serta mengikuti sistem pembelajaran berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan memberi sokongan penuh kepada Program PERMATA Insan yang melahirkan insan yang menguasai ilmu ukhrawi dan duniawi. – BHarian
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages