KAK JUE BLOG'S

GST Genap Setahun Hari Ini, Sejak Dilancarkan Rakyat Malaysia Dapat Menerima Dgn Baik..

224a

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) berpuas hati dengan pelaksanaan kaedah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang hari ini genap setahun.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata walaupun pada awalnya GST berdepan cabaran, pelaksanaannya terbukti kini semakin lancar dengan tahap pematuhan peniaga bagi penyerahan penyata taksiran pertama ialah lebih 95 peratus.

“Ini satu petanda baik dan kita harap ianya berlanjutan. Jika dibandingkan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ada yang sebegitu liat (kemukakan penyata).

“Secara keseluruhannya, jika skala penuh pelaksanaan GST adalah 10, kita berada di tahap 8.5 hingga 9,” katanya selepas melancarkan peraduan ‘Jom Minta Resit GST – Resit Anda Hak Anda,’ di sini, semalam.

Beliau yakin hasil kutipan bersih GST bagi tahun ini yang diramalkan mencecah RM39 bilion, mampu dicapai seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.
Mengulas masalah dihadapi JKDM, beliau berkata cabaran terbesar adalah memberi kefahaman kepada peniaga dan pengguna mengenai GST.

“Sebahagian perniagaan tidak bertanggungjawab seolah-olah tidak mahu memahami sistem GST dengan baik hinggakan mengelak daripada mengenakan caj GST atas alasan takut kehilangan pelanggan.

“Ada juga banyak kesilapan seperti penyata dikemukakan peniaga tidak betul,” katanya, menambah masalah teknikal termasuk isu pembayaran kredit cukai input GST.

Esok, ekoran rasa dengki dan membenci kerajaan, satu protes Bantah GST dikatakan akan diadakan di Dataran Merdeka pada pukul 2 petang.

Bagi pemerhati, dijangkakan esok protes berkenaan akan berlangsung dalam keadaan hambar dengan kehadiran peserta tidak lah seramai seperti yang diharapkan penganjur iaitu barisan parti pembangkang.

Orang ramai juga sudah mula memahami dan tujuan sistem GST diperkenalkan iaitu untuk memperbaiki sistem cukai di negara ini supaya lebih adil dan saksama.


Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages