KAK JUE BLOG'S

Polis Siasat Individu Beri Ucapan Berbaur Hasutan Dan Ugutan



KUALA LUMPUR: Sebarang perbuatan atau ucapan yang boleh mengancam ketenteraman awam merupakan satu kesalahan jenayah dan orang ramai diingatkan bahawa tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mereka ekoran perbuatan itu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh menegaskan orang ramai harus berhati-hati agar tidak melakukan perbuatan atau ucapan sehingga boleh mengancam ketenteraman awam di negara ini khususnya di bandaraya Kuala Lumpur.
“Ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan polis akan menjalankan siasatan mengikut peruntukan undang-undang negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap individu yang menyampaikan ucapan berunsur hasutan dan ugutan jenayah ketika penyerahan memorandum di Pejabat DAP Pusat, Jalan Pudu, di sini, semalam.
Menurutnya, seramai 20 anggota Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) dan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hadir untuk menyerahkan memorandum berkenaan.
“Semasa penyerahan tersebut seorang peserta telah menyampaikan ucapan yang mengandungi unsur-unsur hasutan dan ugutan jenayah,” katanya.
Antara yang hadir ketika penyerahan memorandum berkenaan ialah Presiden Gerakan Merah Mohd Ali Baharom, yang juga dikenali sebagai Ali Tinju, dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) Datuk Ramesh Rao.
Media melaporkan, penyerahan memorandum berkenaan bertujuan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bercuti daripada jawatannya, bagi memberi ruang kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan berhubung pembelian banglo RM2.8 juta yang dikatakan dibeli di bawah harga pasaran.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages