KAK JUE BLOG'S

Kursus Pemantapan Aplikasi E Maklumat Mukim Tanjung Piandang


Mukim Tanjung Piandang mempunyai lapan kampung. Bagi memudahkan urusan dan meningkatkan pengetahuan , Pejabat Daerah Kerian telah mengatur kursus yang melibatkan semua kampung di Parlimen Parit Buntar. Siri pertama diswrtai oleh Kampung dari Mukim Parit Buntar. 
Hari ini bersamaan 11 hb April 2016 bertempat di Mini RTC Bagan Tiang,  Kursus E Maklumat telah dilaksanakan. Kursus tersebut melibatkan pengerusi JKkk dan setiausaha bagi tiap JKKK di dalam Mukim Tanjung Piandang 


Seramai lapan buah kampung yang terlibat untuk sesi kali ini. Setiap Pengerusi dan Setiausaha didedahkan dengan pengunaan internet. Pengisian kursus antaranya untuk mengemaskini profail kampung. Penggunaan aplikasi mengesan GPS antara pekara baru yang dapat dipelajari oleh peserta kursus.


Kampung Jalan Pantai, Kampung Parit Sungai Burung, Kampung Sungai Baru, Kampung Sungai Baru Darat, Kampung Parit Tok Him, Kampung Sungai Betul Atas, Kampung Pasir Gedabu dan Kampung Tanjung Piandang. Setiap kampung diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha. Kursus yang dianjurkan amat baik. Dimana bagi meningkatkan usaha, Penganjur akan mengadakan pertandingan Profail Kampung yang paling lengkap. Ini akan memberi daya saing kepada tiap setiausaha untuk menonjolkan kampung masing-masing.

#MNA





Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages