KAK JUE BLOG'S

Permata Kurnia Pusat Intervensi Kanak-Kanak Austisme - Najib Razak


KUALA LUMPUR: Pusat Permata Kurnia yang pertama di negara ini menjadi tempat intervensi awal yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kanak-kanak penghidap autisme dan keluarga mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bertujuan mengajar mereka menjalani kehidupan meliputi aspek kemahiran urus diri, bermain dan bergaul sejak awal.

"Kita hendak melalui pusat ini mereka dapat pendidikan awal, mereka dapat intervensi awal, kalau kita hendak buat pembetulan, hendak kukuhkan kelemahan mereka.

"Maka lebih awal kita mula, lebih besar peluang kita jadikannya seoarng insan seperti kanak-kanak lain," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Pusat Permata Kurnia di sini hari ini.

Hadir sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Pusat seluas 1.04 hektar di Jalan Sentul itu dibina dengan kos RM26 juta, bakal menempatkan sehingga 300 kanak-kanak autisme yang berumur dari empat hingga tujuh tahun.
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages