KAK JUE BLOG'S

Tabung Haji Nafi Simpanan Pelajar Diambil PTPTN

tabung haji difitnah


Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan duit simpanan seorang pelajar dalam TH diambil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membayar pinjamannya tanpa kebenaran.

TH dalam kenyataan menerusi akaun Facebook hari ini, menegaskan maklumat yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp itu tidak benar dan berunsur fitnah.

“TH ingin menegaskan bahawa tiada sebarang usaha sama antara TH dan pihak PTPTN,” kata kenyataan itu.

Sebelum ini, seorang pelajar yang dikatakan sedang menyambung pelajaran dalam bidang syariah mengadu kepada bapanya bahawa wang simpanan dalam TH sebanyak RM30,000 diambil PTPTN.

Dia mendakwa kononnya perkara itu hanya diketahui selepas mengemas kini buku TH miliknya. – BH
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages