KAK JUE BLOG'S

Pesawah Terkejut, Mata Air Tiba-Tiba Keluar Selepas Solat Istisqa

berita_harian_mata air

BAGAN SERAI — Penduduk Kampung Parit Tiga, Selinsing, di sini mendakwa terjadi keajaiban apabila mata air terpancut di tengah bendang sawah yang kontang akibat musim panas.

Mata air itu ditemui penduduk sehari selepas mereka mengadakan solat sunat minta hujan (Solat Istisqa) di perkarangan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bukit Merah, Jumaat lalu.

“Sewaktu memulakan kerja, saya perasan satu kawasan di tengah sawah kelihatan seperti basah sedangkan kawasan lain kering kontang.

“Saya segera memeriksa kawasan berkenaan dan sebaik tiba di situ, saya seakan tidak percaya melihat terdapat saluran air keluar dari tengah-tengah sawah yang kering kontang,” kata pesawah Shuaib Masran, 44, seperti dipetik Berita Harian.

Shuaib berkata ketika kejadian Sabtu lalu, beliau sedang menabur garam bagi tujuan penyuburan tanah sawah sebelum memulakan proses menanam padi.

“Sudah lebih 30 tahun saya mengerjakan sawah padi di lokasi ini namun tidak pernah menemui sesuatu seperti ini. Semua ini adalah kebesaran Allah dan ada hikmah di sebalik kejadian,” katanya.

Pakar geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) profesor madya Dr Tajul Anuar Jamaludin ketika mengulas fenomena itu tidak menolak kemungkinan berpunca daripada hujan di kawasan hulu.

“Ada kemungkinan air itu adalah ‘telaga artesian’ yang terjadi selepas hujan di kawasan hulu.

“Air yang meresap di dalam tanah kemudian menuruni kawasan cerun dan apabila terkumpul di kawasan rendah ia (mata air) akan keluar di permukaan akibat tekanan,” katanya seperti dilaporkan. – MalayMail
Share:

No comments:

Post a Comment

Featured Posts

Most selected posts are waiting for you. Check this out

Followers

Stats

Archive

Labels

Blog Archive

Recent Posts

Pages